• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Thursday, April 2, 2026
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

Jangan Takut Ambil Vaksin Covid-19 – Abang Johari

oleh
26/02/2021
dalam Utama & Sensasi
0
Share on FacebookShare on Twitter

PETRA JAYA – “Semua okay, tiada rasa apa-apa. Janganlah takut ambil vaksin,” itu kata Ketua Menteri, Datuk Patinggi Abang Johari Abang Openg, ringkas selepas menerima suntikan vaksin COVID-19 Pfizer-BioNTech, hari ini.

Beliau yang tergesa-gesa memasuki lif di Klinik Kesihatan Petra Jaya untuk kembali ke pejabatnya kemudian sempat memberikan isyarat tangan bagus kepada wartawan.

Abang Johari tiba di Klinik Kesihatan Petra Jaya tepat pada jam 3 petang untuk menerima suntikan vaksin itu.

Turut menerima suntikan itu, Timbalannya, Datuk Amar Awang Tengah Ali Hasan; Menteri Kerajaan Tempatan dan Perumahan, Datuk Seri Dr Sim Kui Hian serta Pengarah Kesihatan Sarawak, Dr Chin Zin Hing.

Sementara itu, Dr Chin berkata, sebanyak 41 daripada 55 Pusat Pemberian Vaksin (PPV) di seluruh negeri mula memberikan vaksin hari ini.

Baki 14 lagi PPV di Miri, Bintulu dan Limbang hanya akan memberikan suntikan vaksin itu minggu depan.

“Hari ini di Klinik Kesihatan Petra Jaya ini sahaja, seramai 48 orang menerima suntikan dan esok pula seramai 1,160 dijangka menerimanya pada program yang akan diadakan di Stadium Perpaduan di Petra Jaya.

“Sehingga 1 Mac ini, kami menyasarkan kira-kira 5,000 petugas barisan hadapan menerima suntikan vaksin,” katanya sambil memaklumkan keseluruhan petugas barisan hadapan termasuk pengamal media di Sarawak berjumlah 97,000 orang. – BH Online

Tags: Abang Johari Tun OpengPfizer-BioNTechsarawakvaksin covid-19
Share197Tweet123SendShare

Related Posts

PETRONAS Rujuk Mahkamah Persekutuan Selesai Isu Petroleum Di Sarawak

PETRONAS Rujuk Mahkamah Persekutuan Selesai Isu Petroleum Di Sarawak

12/01/2026
0

KUALA LUMPUR: Petroliam Nasional Bhd (PETRONAS) memfailkan suatu notis usul di Mahkamah Persekutuan, Putrajaya bagi mendapatkan penjelasan berhubung kerangka kawal...

Syarikat Penerbangan Baharu Sarawak Perkenal Uniform Kru Kabin Moden & Elegan

Syarikat Penerbangan Baharu Sarawak Perkenal Uniform Kru Kabin Moden & Elegan

03/01/2026
0

KUCHING – Syarikat penerbangan tempatan pertama Sarawak, Air Borneo, mencuri perhatian apabila memperkenalkan rekaan uniform kru kabin baharu yang tampil...

MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd