• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Sunday, November 8, 2026
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

Hantar Anak Ke Asrama Tak Perlu Kebenaran Polis

oleh
dalam Utama & Sensasi
0
Share on FacebookShare on Twitter

KUALA LUMPUR – Ibu bapa yang mahu menghantar anak mereka pulang ke asrama hanya perlu mengemuka surat yang dikeluarkan oleh sekolah kepada anggota polis, ketika melalui sekatan jalan raya, bagi merentas daerah.

Menteri Kanan (Keselamatan), Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob, berkata keputusan itu dibuat dalam Mesyuarat Teknikal yang bersetuju untuk memberikan kelonggaran kepada ibu bapa untuk berbuat demikian.

Beliau berkata, ibu bapa tidak perlu lagi memohon surat kebenaran daripada polis.

“Mesyuarat Teknikal setuju beri kelonggaran kepada ibu bapa untuk rentas negeri bagi hantar anak ke sekolah atau asrama, bagi sesi persekolahan yang akan bermula pada 1 Mac 2021.

“Mesyuarat juga setuju ibu bapa yang hantar anak mereka tidak perlu lagi mendapatkan surat kebenaran polis, namun hanya perlu tunjuk surat dikeluarkan sekolah ketika melalui sekatan jalan raya.

“Perkara ini sudah dibincangkan dengan Polis Diraja Malaysia (PDRM) dan saya baru bercakap dengan pegawai tertinggi PDRM bahawa perkara ini dimaklumkan polis di setiap daerah seluruh negara.

“Saya jangka tak ada isu di kawasan atau sekatan jalan raya apabila ibu bapa hantar anak mereka pulang ke sekolah,” katanya pada sidang media hari ini. – BH Online

Tags: AsramapolisSekatan Jalan Raya
Share198Tweet124SendShare

Related Posts

Siasat Dua Kes Hantaran Berunsur Hasutan, Lelaki 48 Tahun Ditahan

Siasat Dua Kes Hantaran Berunsur Hasutan, Lelaki 48 Tahun Ditahan

22/10/2026
0

SEREMBAN – Polis Negeri Sembilan sedang menyiasat dua kes berasingan membabitkan penyebaran kandungan media sosial yang disyaki mempunyai unsur hasutan,...

Bekas Exco Kerajaan Negeri Sembilan Beri Keterangan Kepada Polis Bukit Aman

Bekas Exco Kerajaan Negeri Sembilan Beri Keterangan Kepada Polis Bukit Aman

28/09/2026
0

SEREMBAN - Semua 10 bekas Ahli Majlis Mesyuarat Kerajaan Negeri (EXCO) Negeri Sembilan memberi keterangan kepada pasukan polis Bukit Aman...

MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd