• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Monday, June 29, 2026
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

Kadar Pengangguran Dijangka Turun Tahun Ini

oleh
24/02/2021
dalam Utama & Sensasi
0
Share on FacebookShare on Twitter

KUALA LUMPUR – Kadar pengangguran dijangka turun antara 3.5 peratus dan 4.0 peratus tahun ini berbanding 4.8 peratus pada Disember 2020, didorong terutamanya oleh inisiatif kerajaan di bawah inisiatif Belanjawan 2021, demikian menurut Public Investment Bank.

Ini akan didorong lagi oleh peningkatan jumlah tenaga kerja yang lebih tinggi daripada jangkaan, katanya dalam satu nota penyelidikan pada Rabu.

“Kadar pengangguran yang berakhir pada 4.8 peratus pada Disember 2020, mungkin lebih rendah sekiranya bukan kerana peningkatan jumlah tenaga kerja yang lebih perlahan daripada jangkaan yang mencapai 15.9 juta, penambahan hanya 101,000 untuk tahun berkenaan dibandingkan dengan 338,000 secara purata sejak tiga tahun lepas (2017-2019).

“Tahun 2021 mungkin menyaksikan peningkatan jumlah tenaga kerja yang lebih besar daripada biasa sebanyak 575,000 hingga 16.5 juta, salah satu faktor penggerak yang akan mendorong kadar pengangguran menjadi lebih rendah pada 2021,” katanya.

Menurut Jabatan Perangkaan, kadar pengangguran Malaysia meningkat kepada 4.5 peratus tahun lalu, kadar tertinggi dicatatkan sejak tahun 1993.

Bank pelaburan itu berkata, pemacu penting yang lain akan datang daripada inisiatif awam-swasta untuk mewujudkan 160,000 pekerjaan baharu tahun ini yang akan dicapai, antaranya, menerusi peningkatan kemahiran.

Ia menambah ini adalah sebahagian daripada inisiatif kerajaan di bawah Belanjawan 2021 untuk mewujudkan 500,000 pekerjaan baharu termasuk 50,000 peluang pekerjaan kontrak dalam sektor awam dan syarikat berkaitan kerajaan.

“Kerajaan komited untuk membelanjakan RM7 bilion melalui inisiatif seperti pengembangan kemahiran, pengambilan dan latihan semula program yang akan menjadi kunci untuk mencapai matlamat pewujudan pekerjaan untuk tahun ini,” katanya. – BERNAMA

Tags: belanjawan 2021pengangguran
Share196Tweet123SendShare

Related Posts

Insiatif KSM Bantu Kurangkan Pengangguran Dalam Negara – Saravanan

Insiatif KSM Bantu Kurangkan Pengangguran Dalam Negara – Saravanan

11/08/2022
0

PUTRAJAYA : Pelbagai inisiatif digerakkan Kementerian Sumber Manusia (KSM) berjaya menyumbang kepada pengurangan kadar pengangguran dalam negara sehingga 3.8 peratus...

Kadar Pengangguran Dijangka Menurun – M Saravanan

02/11/2021
0

KUALA LUMPUR - Peruntukan RM4.8 bilion terhadap sektor pekerjaan merupakan langkah yang bersesuaian buat negara untuk mengatasi masalah pengangguran. Menteri...

MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd