• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Saturday, November 14, 2026
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

Hadir Ke Mahkamah Sama Penting Dengan Mesyuarat Parti

oleh
dalam Utama & Sensasi
0
Share on FacebookShare on Twitter

KUALA LUMPUR – “Urusan rasmi Datuk Seri Ahmad Zahid Hamidi termasuk menghadiri perbicaraan kes dihadapinya, bukan mesyuarat parti sahaja.”

Penegasan itu diberi Hakim Mahkamah Tinggi, Collin Lawrence Sequerah, yang turut menekankan kepentingan bagi Ahmad Zahid menghadiri prosiding mahkamah bagi perbicaraan kesnya.

Sebaik prosiding bermula kira-kira jam 10 pagi, suasana mahkamah bertukar tegang apabila Sequerah tidak berpuas hati dengan permohonan peguam Hamidi Mohd Noh yang mewakili Ahmad Zahid, supaya perbicaraan ditangguhkan sepanjang minggu ini berikutan anak guamnya dipercayai mempunyai kontak rapat dengan individu positif COVID-19.

Terdahulu, Timbalan Pendakwa Raya, Datuk Raja Rozela Raja Toran, memberitahu mahkamah tertuduh tidak hadir pada perbicaraan hari ini.

Katanya, pihaknya menerima surat daripada pembelaan memohon kes ditangguhkan sepanjang minggu ini berikutan Ahmad Zahid menghadiri mesyuarat Majlis Kerja Tertinggi (MKT) UMNO yang mana Ketua UMNO Bahagian Hulu Langat, Datuk Johan Abd Aziz, disahkan positif COVID-19.

Perkara itu disahkan Hamidi yang memaklumkan Ahmad Zahid berada dalam bilik mesyuarat sama selama enam jam.

“Sehubungan itu, tertuduh perlu menjalani kuarantin di rumah selama 10 hari bermula 21 Februari,” katanya. 

Mendengar permohonan itu, Sequerah mengarahkan Hamidi mengingatkan anak guamnya supaya tidak menghadiri sebarang mesyuarat sepanjang atau menjelang tarikh perbicaraan.

“Sebelum ini mahkamah terpaksa menangguhkan perbicaraan atas alasan sama.

“Tarikh yang ditetapkan oleh mahkamah adalah cukup untuk pihak pendakwaan menutup kes mereka, namun disebabkan perkara ini, mahkamah terpaksa mencari tarikh lain,” katanya.

Raja Rozela kemudian mempersoalkan tindakan Ahmad Zahid menghadiri mesyuarat di Janda Baik ketika pelaksanaan perintah kawalan pergerakan (PKP) yang tidak membenarkan perjalanan rentas daerah dan negeri.

Katanya, mesyuarat pada 19 Februari lalu melanggar PKP dan ia adalah kali ketiga kes terpaksa ditangguhkan atas alasan sama.

“Tertuduh seperti acuh tidak acuh dengan keadaan kesihatannya dan orang lain.

“Perbicaraan kes ini adalah sama penting dengan urusan beliau yang lain, malah tertuduh seolah-olah menggunakan alasan ini (kontak rapat) untuk tidak menghadiri perbicaraan mahkamah,” katanya.

Pihak pendakwaan kemudian memohon mahkamah untuk meminta pembelaan mengemukakan surat kebenaran merentas negeri.

Kira-kira setengah jam kemudian, pembelaan mengemukakan surat kebenaran oleh Majlis Keselamatan Negara (MKN) yang mengecualikan semua Ahli Parlimen dan Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) daripada sekatan rentas negeri.

Hamidi turut mengemukakan pekeliling daripada Setiausaha Agung UMNO, Datuk Seri Ahmad Maslan, yang memaklumkan mengenai mesyuarat MKT di Janda Baik.

Ahmad Zahid, 68, menghadapi 47 pertuduhan dengan 12 daripadanya membabitkan pecah amanah, lapan pertuduhan rasuah dan 27 membabitkan pengubahan wang haram membabitkan wang puluhan juta ringgit milik Yayasan Akalbudi.

Mahkamah menerima kedua-dua surat berkenaan dan menetapkan 4 Mac ini untuk menyambung perbicaraan kes. – BH Online

Tags: Ahmad Zahid Hamidimahkamahmesyuarat partiperbicaraan
Share198Tweet124SendShare

Related Posts

Nik Abduh Seru ‘Ceplos’ Baca Jawapan Jabatan Mufti Wilayah Persekutuan Tahun 2024 Mengenai Hukum Kutipan Derma Bayar Denda Mahkamah

Nik Abduh Seru ‘Ceplos’ Baca Jawapan Jabatan Mufti Wilayah Persekutuan Tahun 2024 Mengenai Hukum Kutipan Derma Bayar Denda Mahkamah

12/11/2026
0

KUALA LUMPUR - Ahli Dewan Negara, Nik Mohamad Abduh Nik Abdul Aziz berkongsi penjelasan Jabatan Mufti Wilayah Persekutuan beberapa tahun...

Media Lapor Kenderaan Bawa Najib Keluar Penjara Kajang Ke Mahkamah

Media Lapor Kenderaan Bawa Najib Keluar Penjara Kajang Ke Mahkamah

10/11/2026
0

KAJANG - Kenderaan yang membawa bekas Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Abdul Razak dilaporkan keluar dari pekarangan Kompleks Penjara...

MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd