• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Thursday, May 14, 2026
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

Semoga Hajat Pelanggan Itu Dimakbulkan Allah SWT

oleh
22/02/2021
dalam Utama & Sensasi
0
Share on FacebookShare on Twitter

KUALA LUMPUR – “Saya tidak pernah terima tip (wang) sebanyak ini daripada pelanggan, jadi memang terkejut. Saya bersyukur, ini rezeki saya,” kata penghantar makanan, Muhammad Faris Faizul.

Muhammad Faris, 28, memuat naik hantaran di Facebook (FB) mengenai kisahnya menerima sampul berisi wang RM1,000 daripada seorang pelanggan wanita, kelmarin.

Dia berkata, dia menerima wang berkenaan selepas menghantar pesanan kepada seorang pelanggan di Bukit Antarabangsa, Ampang, Selangor.

Muhammad Faris berkata, itu bukan kali pertama dia menerima tip daripada pelanggan tetapi jumlah diterima kelmarin adalah yang paling banyak sejak bekerja sebagai penghantar makanan sepenuh masa awal tahun lalu.

“Sebagai penghantar makanan, memang ada pelanggan yang bermurah hati memberikan tip dan paling banyak pernah diterima ialah RM50 tetapi saya tidak berharap sangat kerana sudah memang tugas menghantar pesanan kepada mereka.

“Sama juga seperti kelmarin kerana sebaik menerima pesanan, saya bergegas mengambil makanan dipesan di restoran dan menghantarnya ke rumah pelanggan jam 5.25 petang.

“Ketika dalam perjalanan, pelanggan itu ada menghantar kiriman mesej memaklumkan saya supaya meletakkan makanan di meja dalam kawasan rumah dan mengambil sekali sampul yang ada di situ,” katanya ketika dihubungi Harian Metro. 

Selepas beredar daripada situ, Muhammad Faris berhenti rehat di satu kawasan dan terkejut apabila melihat ada RM1,000 di dalamnya.

Bagi mendapatkan kepastian, Muhammad Faris menghubungi semula pelanggan berkenaan kerana bimbang tersilap mengambil sampul sepatutnya.

“Rupanya, pelanggan berkenaan memang berniat memberi saya wang sebanyak itu.

“Dia ikhlas cuma minta saya doakan semoga dia dikurniakan zuriat dan berkongsi rezeki itu dengan rakan yang lain.

“Ikutkan saya tidak mahu berkongsi kisah itu di FB tetapi lakukannya dengan harapan lebih ramai yang akan mendoakan wanita itu selepas terbaca hantaran saya,” katanya. 

Muhammad Faris berhasrat menyumbang sebahagian wang diterimanya kepada anak yatim.

“Saya belum usik lagi wang itu tetapi ada terfikir untuk sedekahkan sebahagiannya kepada anak yatim dan golongan kurang bernasib baik kerana mahu pahala pelanggan itu berpanjangan.

“Siapa tahu, dengan sedekah itu, Allah SWT makbulkan impian wanita itu untuk mendapat zuriat seperti yang diharapkan,” katanya. – myMetro Online

Tags: pelangganPenghantar makanantipzuriat
Share196Tweet123SendShare

Related Posts

Penghantar Makanan Tikam Isteri Dan Anak Kena Jel 6 Tahun, Dua Sebatan

Penghantar Makanan Tikam Isteri Dan Anak Kena Jel 6 Tahun, Dua Sebatan

27/11/2024
0

AMPANG: Seorang penghantar makanan dipenjara enam tahun dan dua sebatan oleh Mahkamah Sesyen hari ini kerana menikam isteri dan anaknya...

Penghantar Makanan Didakwa Rempuh Anggota Polis Ketika Pemeriksaan

Penghantar Makanan Didakwa Rempuh Anggota Polis Ketika Pemeriksaan

29/10/2024
0

KUALA LUMPUR - Seorang penghantar makanan mengaku tidak bersalah di Mahkamah Sesyen di sini pada Selasa atas pertuduhan merempuh dan...

MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd