• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Thursday, April 2, 2026
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

Polis Berkas 11 Lelaki Disyaki Godam Sistem Komputer Kerajaan

oleh
18/02/2021
dalam Utama & Sensasi
0
Share on FacebookShare on Twitter

SHAH ALAM – Sekumpulan 11 lelaki disyaki terbabit kegiatan menggodam sistem komputer kerajaan, ditahan dalam tujuh serbuan berasingan di seluruh negara, semalam.

Serbuan dijalankan Jabatan Siasatan Jenayah Komersial (JSJK) Bukit Aman yang melakukan risikan dan intipan sejak minggu lalu.

Timbalan Ketua Polis Negara, Datuk Seri Acryl Sani Abdullah Sani, berkata kesemua suspek diberkas itu berumur antara 22 hingga 40 tahun, termasuk individu disyaki pentadbir akaun Facebook Anonymous Malaysia.

“Tangkapan dibuat berikutan kumpulan terbabit disyaki membuat ugutan serta ancaman untuk menggodam sistem komputer kerajaan sejak beberapa tahun lalu. Setakat ini, enam laporan polis diterima di seluruh negara.

“Ketika ini, polis masih menjalankan siasatan lebih lanjut untuk mengenal pasti saki-baki suspek lain sebelum proses tangkapan susulan dilakukan,” katanya.

Beliau berkata demikian kepada pemberita selepas melawat Sekatan Jalan Raya di Plaza Tol Setia Alam, di sini, hari ini.

Mengulas lanjut, Acryl Sani berkata, kesemua suspek itu disyaki menjalankan serangan siber terancang terhadap laman web kerajaan dan swasta.

“Semua suspek itu direman tiga hari bermula hari ini bagi membantu siasatan mengikut Seksyen 4 Akta Jenayah Komputer 1997,” katanya.

Sementara itu berdasarkan maklumat diperoleh, suspek ditahan turut disyaki melakukan pencerobohan terhadap tiga sistem kerajaan Johor, Sabah serta Kementerian Perdagangan Antarabangsa dan Industri (MITI). – BH Online

Tags: Anonymous Malaysiapenggodamsistem komputer kerajaan
Share196Tweet123SendShare

Related Posts

Penggodam Tajaan Russia Didakwa Cuba Ceroboh Sistem Microsoft

Penggodam Tajaan Russia Didakwa Cuba Ceroboh Sistem Microsoft

09/03/2024
0

WASHINGTON: Microsoft mendakwa kumpulan penggodam tajaan Russia bernama Midnight Blizzard cuba menceroboh sistemnya sekali lagi, dengan menggunakan maklumat yang dicuri...

Malaysia Dalam Keadaan Terkawal Daripada Ancaman Siber

04/02/2021
0

KUALA LUMPUR - Malaysia berada dalam keadaan terkawal daripada ancaman siber dan tiada keperluan untuk masyarakat berasa cemas mahupun panik,...

MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd