• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Thursday, July 10, 2025
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

Penggodam Tajaan Russia Didakwa Cuba Ceroboh Sistem Microsoft

oleh Mohd Arshad
09/03/2024
dalam Terkini, Utama & Sensasi
0
Penggodam Tajaan Russia Didakwa Cuba Ceroboh Sistem Microsoft
Share on FacebookShare on Twitter

WASHINGTON: Microsoft mendakwa kumpulan penggodam tajaan Russia bernama Midnight Blizzard cuba menceroboh sistemnya sekali lagi, dengan menggunakan maklumat yang dicuri daripada e-mel korporat gergasi teknologi itu pada Januari lalu.

IKUTI CHANNEL MYNEWSHUB DI WHATSAPP…..

Pendedahan itu menunjukkan penganalisis kumpulan penggodam yang ada kaitan kepada perisikan Russia secara berterusan menumpukan kepada penembusan Microsoft.

Gergasi internet itu menjadi salah satu pembuat perisian terbesar di dunia dan pembekal utama perkhidmatan serta infrastruktur digital kepada kerajaan Amerika Syarikat (AS).

Kedutaan Russia di Washington tidak segera menjawab permintaan untuk mengulas kenyataan Microsoft itu. Ia juga sebelum ini tidak memberi maklum balas kepada kenyataan Microsoft mengenai kegiatan Midnight Blizzard.

Pada Januari lalu, Microsoft berkata, ia mendapati penggodam cuba menceroboh pada ‘peratusan yang sangat kecil’ akaun e-mel korporat syarikat itu, termasuk ahli pasukan pimpinan kanannya dan mereka yang berada dalam keselamatan siber, undang-undang dan fungsi lain.

Syarikat itu berkata, kumpulan penggodam terbabit, yang juga dikenali sebagai Nobelium, dilihat cuba menggunakan data yang dicurinya, kemudian menceroboh sistem Microsoft semula.

“Dalam beberapa minggu kebelakangan ini, kami melihat bukti yang Midnight Blizzard menggunakan maklumat yang pada mulanya diasingkan daripada sistem e-mel korporat kami untuk mendapatkan atau cuba mengakses tanpa kebenaran,” katanya dalam blog.

Tambah syarikat itu, data berkenaan termasuk beberapa repositori kod sumber dan sistem dalaman, sekali gus membuktikan secara jelas bahawa Midnight Blizzard cuba menggunakan rahsia pelbagai aspek yang ditemuinya.

Katanya, beberapa rahsia itu dikongsi antara pelanggan dan Microsoft dalam e-mel, dan apabila dan ia ditemui dalam e-mel yang sudah dikeluarkan, pelanggan dimaklumkan.

“kami sudah dan sedang menghubungi pelanggan terbabit untuk membantu mereka mengambil langkah mitigasi,” katanya yang tidak menamakan pelanggan yang terjejas itu.

Microsoft juga berkata, penggodam menjadi lebih agresif dalam penyasaran mereka dan menggunakan ‘semburan kata laluan’.

Ini adalah kaedah di mana kata laluan yang sama digunakan pada berbilang akaun dengan harapan untuk menceroboh masuk, dan ini meningkat sebanyak 10 kali ganda berbanding serangan pada Januari.

Dalam kenyataan pada Januari, Microsoft berkata Midnight Blizzard kemungkinan menyasarkannya kerana penyelidikan kukuh Microsoft sendiri yang membongkar operasi kumpulan penggodam itu.

Pasukan perisikan ancaman Microsoft berkongsi penyelidikan mengenai Nobelium sejak sekurang-kurangnya pada Disember 2020, apabila mengeluarkan siri empat bahagian mengenainya, dengan salah satunya bertajuk ‘Bagaimana penyerang negara bangsa seperti NOBELIUM mengubah keselamatan siber’.

BHonline-

Tags: MicrosoftpenggodamRussia
Share196Tweet123SendShare
Previous Post

Suami Pengasuh Lakukan Amang Seksual Kanak-kanak Ditahan

Next Post

Erdogan Umum Pilihan Raya Mac Terakhir Untuknya

Related Posts

Unit Pertahanan Udara Russia Musnahkan Dron, Ukraine Serang Moscow Dua Malam Berturut-Turut

Unit Pertahanan Udara Russia Musnahkan Dron, Ukraine Serang Moscow Dua Malam Berturut-Turut

06/05/2025
0

MOSCOW: Unit pertahanan udara Russia memusnahkan dron Ukraine yang menyasarkan Moscow untuk malam kedua berturut-turut, sekali gus memaksa penutupan lapangan...

Putin Undang Anwar Bincang Soal Ekonomi, Perdagangan

Putin Undang Anwar Bincang Soal Ekonomi, Perdagangan

02/08/2024
0

Petaling Jaya : Presiden Rusia, Vladimir Putin mengundang Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim ke negara itu bagi membincangkan soal...

Next Post
Penggodam Tajaan Russia Didakwa Cuba Ceroboh Sistem Microsoft

Erdogan Umum Pilihan Raya Mac Terakhir Untuknya

Please login to join discussion
MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd