• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Monday, June 29, 2026
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

Nama Jho Low Tak Disebut Dalam Minit Mesyuarat Kabinet

oleh
11/02/2021
dalam Utama & Sensasi
0
Share on FacebookShare on Twitter

KUALA LUMPUR – Mahkamah Tinggi hari ini diberitahu yang nama ahli perniagaan dalam buruan Low Taek Jho atau Jho Low tidak ditemui pada minit mesyuarat Kabinet ketika pentadbiran Datuk Seri Najib Razak.

Bekas Timbalan Ketua Setiausaha (Kabinet), Tan Sri Mazidah Abdul Majid menyatakan perkara tersebut ketika sesi pemeriksaan utama oleh Timbalan Pendakwa Raya, Ahmad Akram Gharib dalam kes perbicaraan 1MDB bekas Perdana Menteri itu.

Terdahulu saksi pendakwaan ke-11 itu diminta untuk menyemak minit mesyuarat untuk melihat sama ada nama Jho Low pernah disebut dalam minit mesyuarat berkenaan.

Ahmad Akram: Berdasarkan kepada kesemua dokumen yang ada, adakah Low Taek Jho, yang lebih dikenali sebagai Jho Low, pernah disebut dalam dokumen ini?

Mazidah: Tidak.

Ahmad Akram: Adakah Najib pernah sebut kepada Kabinet yang Jho Low telah membantu untuk mendapatkan sumbangan daripada seorang putera Saudi kepada Yayasan 1Malaysia Development Berhad (1MDB)?

Mazidah: Saya tidak ingat, tetapi jika Najib ada sebut nama Jho Low, ia tentunya akan ada di dalam minit mesyuarat. Bagaimanapun nama Jho Low tidak ada dalam minit mesyuarat.

Sementara itu ketika sesi soal balas oleh Peguambela Najib Tan Sri Muhammad Shafee Abdullah, saksi berusia 72 tahun itu berkata, beliau hanya mendengar nama Jho Low apabila isu 1MDB timbul.

Muhammad Shafee: Anda pernah dengar nama Jho Low sebelum ini?

Mazidah: Ia satu nama sebutan ramai.

Najib, 67, menghadapi empat pertuduhan menggunakan kedudukannya untuk memperoleh suapan berjumlah RM2.3 billion daripada dana 1MDB dan 21 pertuduhan pengubahan wang haram pada jumlah wang yang sama.

Perbicaraan di hadapan Hakim Collin Lawrence Sequerah bersambung Isnin. – BERNAMA

Tags: 1MDBJho Lowmesyuarat kabinetNajib Tun Razak
Share196Tweet123SendShare

Related Posts

Sheikh Umar Beri Peringatan, UMNO Johor Masih Sokong Najib Razak

Sheikh Umar Beri Peringatan, UMNO Johor Masih Sokong Najib Razak

18/06/2026
0

JOHOR BAHRU - Naib Pengerusi DAP Johor, Sheikh Umar Bagharib Ali memberi peringatan kepada rakyat Johor bahawa UMNO Johor masih...

PRN Johor: Sheikh Umar Dikritik Bangkit Semula Isu 1MDB

PRN Johor: Sheikh Umar Dikritik Bangkit Semula Isu 1MDB

16/06/2026
0

JOHOR BAHRU – Naib Pengerusi DAP Johor, Sheikh Umar Bagharib Ali menerima kritikan netizen selepas membangkitkan semula isu 1MDB menjelang...

MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd