• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Friday, May 15, 2026
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

Kenderaan Tetap Diperiksa, Sekatan Jalan Kekal

oleh
10/02/2021
dalam Utama & Sensasi
0
Share on FacebookShare on Twitter

KUALA LUMPUR – Polis masih menjalankan operasi penguatkuasaan dan pemeriksaan kenderaan di sekatan jalan raya walaupun perniagaan sektor peruncitan kembali beroperasi dalam tempoh Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) bermula hari ini.

Pengarah Jabatan Siasatan dan Penguatkuasaan Trafik (JSPT) Bukit Aman, Datuk Azisman Alias, berkata aliran lalu lintas masih terkawal kerana pemandu kenderaan perlu mematuhi prosedur operasi standard (SOP) PKP yang melarang pergerakan rentas daerah serta negeri tanpa alasan kukuh.

“Memang ada tambahan sektor peruncitan dibenarkan kembali operasi, tetapi arahan lain kerajaan masih berkuat kuasa.

“Contohnya, rentas daerah dan negeri tidak dibenarkan. Kita masih buat pemeriksaan kenderaan melalui sekatan macam biasa.

“Aliran trafik dijangka dapat dikawal kerana pemandu kenderaan masih terikat SOP PKP tidak dibenarkan rentas daerah serta negeri,” katanya pada BH, hari ini.

Ditanya jika polis akan mengurangkan sekatan jalan raya susulan pengumuman terbaharu kerajaan itu, Azisman berkata, pihaknya belum berhasrat berbuat demikian.

Selain sekatan, katanya, pasukan JSPT akan membuat rondaan dan pemeriksaan di jalan raya.

“Kita akan turun padang bagi mengesan mereka yang melanggar SOP ditetapkan,” katanya.

Antara baki sektor peruncitan yang dibenarkan kembali beroperasi termasuk kedai pakaian, fesyen dan aksesori, kasut, barangan dan perkhidmatan fotografi, barangan terpakai, kedai bunga atau nurseri, kraftangan dan cenderahati serta kedai antik.

Selain itu, kedai alat permainan, permaidani, kedai kandungan kreatif atau peralatan industri kreatif, barangan aktiviti luar, peralatan sukan, barangan rumah dan peralatan dapur, kosmetik, penjagaan kulit dan minyak wangi, kedai tembakau, aksesori kenderaan dan Ar-Rahnu.

Sebelum ini, polis dilaporkan terus tegas menjalankan operasi pematuhan SOP sepanjang tempoh PKP, PKP Bersyarat (PKPB), PKP Diperketatkan (PKPD) dan PKP Pemulihan (PKPP) bagi memutuskan rantaian jangkitan COVID-19.

Ketua Polis Negara, Tan Sri Abdul Hamid Bador, dipetik sebagai berkata, kerjasama pelbagai agensi termasuk Angkatan Tentera Malaysia (ATM) dan Jabatan Sukarelawan Malaysia (RELA) akan memastikan penugasan pemantauan SOP termasuk penguatkuasaan sekatan jalan raya secara lebih berkesan serta menyeluruh. – BH Online

Tags: perintah kawalan pergerakanpolisSekatan Jalan Raya
Share197Tweet123SendShare

Related Posts

Video Tular Perlekeh Polis Elak Sekatan Jalan Raya: PDRM Buka Kertas Siasatan

Video Tular Perlekeh Polis Elak Sekatan Jalan Raya: PDRM Buka Kertas Siasatan

26/04/2026
0

KOTA BHARU – Polis Diraja Malaysia (PDRM) mengambil tindakan susulan penularan satu rakaman video di media sosial yang didakwa memperlekehkan...

Wanita Menyamar Kakitangan Hospital Sultanah Aminah Minta Bayaran Masuk Wad RM30

Wanita Menyamar Kakitangan Hospital Sultanah Aminah Minta Bayaran Masuk Wad RM30

22/04/2026
0

JOHOR BAHRU – Pihak pengurusan Hospital Sultanah Aminah Johor Bahru (HSAJB) memaklumkan wanita yang menyamar sebagai staf hospital meminta bayaran...

MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd