• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Tuesday, June 30, 2026
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

Pusat Penilaian COVID-19 Terbesar Sudah Terima Pesakit

oleh
08/02/2021
dalam Utama & Sensasi
0
Share on FacebookShare on Twitter

SHAH ALAM – Jabatan Kesihatan Negeri Selangor (JKNS) menjangkakan lebih 1,300 pesakit COVID-19 sama ada yang sudah membuat janji temu atau ‘walk-in’, hadir ke Pusat Penilaian COVID-19 (CAC) bagi Pejabat Kesihatan Daerah (PKD) Petaling di Stadium Malawati, Seksyen 13, di sini pada hari pertama, hari ini.

Pengarah JKNS, Datuk Dr Sha’ari Ngadiman, berkata semakan yang dibuat oleh pihaknya semalam mendapati setakat ini seramai 1,020 pesakit yang disahkan positif COVID-19 dalam Daerah Petaling sudah membuat temujanji.

“Semakan janji temu pesakit yang berdaftar untuk hadir di Stadium Malawati ini adalah 1,020 orang manakala bancian harian yang datang secara ‘walk in’, terdapat 200 hingga 300 pesakit. Jadi, saya jangkakan hari ini boleh mencecah 1,300 hingga 1,400 pesakit akan datang ke stadium ini.

“Pada masa sama, pesakit yang kuarantin di rumah boleh datang ke sini untuk kita tamatkan prosedur kuarantin di rumah di kawasan daerah Petaling ini,” katanya pada sidang media selepas melawat lokasi terbabit, hari ini.

Yang turut hadir, Pengerusi Jawatankuasa Tetap Kesihatan Awam, Perpaduan, Pembangunan Wanita dan Keluarga negeri, Dr Siti Mariah Mahmud.

Dr Sha’ari berkata, walaupun keutamaan CAC PKD Petaling adalah kepada pesakit dalam daerah Petaling, pihaknya tetap memberi layanan sama kepada pesakit dari daerah lain.

“Jika ada pesakit dari daerah lain datang ke sini, mereka tetap dilayan seperti biasa (proses sama).

“Di sini bukan untuk warga asing tetapi sekiranya ada yang datang, kita terima tetapi keutamaan warga tempatan tinggal di dalam daerah Petaling,” katanya.

Beliau berkata, semua pesakit yang datang diberikan laluan khas malah mereka tidak akan bercampur dengan laluan petugas dan orang awam lain.

“Apabila pesakit tiba di sini, mereka akan ada pendaftaran, semakan, saringan serta tempat menunggu untuk dipindahkan ke hospital ataupun Taman Ekspo Pertanian Malaysia Serdang (MAEPS),” katanya.

Katanya, Stadium Malawati itu menjadi lokasi CAC terbesar di Malaysia malah turut mendapat perkenan Sultan Selangor, Sultan Sharafuddin Idris Shah Al-Haj.

Dalam pada itu katanya, selain 80 petugas PKD Petaling, pihaknya mendapat kerjasama pelbagai agensi di daerah ini termasuk Pejabat Daerah Petaling, Kerajaan Negeri selain Polis Diraja Malaysia (PDRM).

Semalam, media melaporkan stadium itu akan menggantikan CAC PKD Petaling di Dewan Majlis Bandaraya Subang Jaya (MBSJ) SS15 sebelum ini, dan dianggarkan boleh memuatkan antara seramai 1,000 hingga 1,500 pesakit. – BH Online

Tags: Covid-19Stadium Malawati
Share197Tweet123SendShare

Related Posts

Covid-19 : Subvarian JN.1 Tidak Bahaya

Covid-19 : Subvarian JN.1 Tidak Bahaya

12/06/2025
0

Putrajaya: Masyarakat tidak perlu bimbang dengan penularan subvarian baharu Covid-19, JN.1, kerana ia tidak berbahaya berbanding varian pada awal kemunculan...

Perancis Kesan Varian Covid-19 Terbaharu Buat Kali Pertama

Perancis Kesan Varian Covid-19 Terbaharu Buat Kali Pertama

24/05/2025
0

ISTANBUL - Perancis mengesan empat kes melibatkan varian baharu Covid-19 dikenali sebagai NB.1.8.1 buat kali pertama, lapor Anadolu Ajansi. Empat...

MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd