• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Thursday, May 14, 2026
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

Raja Ilya Bukan Lagi Pemegang Saham Richiamo Coffee

oleh
05/02/2021
dalam Utama & Sensasi
0
Share on FacebookShare on Twitter

KUALA LUMPUR – Richiamo Coffee Sdn. Bhd., pemilik rangkaian kedai kopi premium Richiamo Coffee di seluruh negara hari ini mengumumkan Muhd Zamry Abu Samah muncul pemegang saham terbesar di dalam syarikat tersebut.

Richiamo Coffee di dalam kenyataannya berkata, Muhd Zamry muncul pemegang saham terbesar di dalam syarikat itu selepas dua pemegang saham bersama iaitu Raja Ramilah Begum Raja Mohammad atau Raja Ilya dan Zulkiflee Yusof telah secara bersama melepaskan pegangan mereka di dalam syarikat tersebut.

Perletakan jawatan dua pemegang saham itu secara bersama itu telah menjadikan Mohd Zamry sebagai pemegang saham tunggal terbesar iaitu kira-kira 80 peratus di dalam Richiamo Coffee Sdn. Bhd.

“Raja Ilya dan Zulkifli secara sukarela melepaskan pegangan masing-masing iaitu 20 peratus setiap seorang dan berikutan itu, Muhd Zamry telah menawarkan untuk membeli saham-saham tersebut dari mereka berdua,” kata Richiamo Coffee di sini hari ini.

Bagaimanapun nilai pembelian semula saham kedua-dua mereka itu tidak didedahkan dan perletakan jawatan tersebut berkuatkuasa mulai 31 Januari lalu.

Richiamo Coffee yang ditubuhkan pada 2015 merupakan jenama rangkaian kedai kopi premium dan kini telah mempunyai 30 cawangan di seluruh negara dan bakal membuka tujuh lagi cawangan sehingga akhir Februari nanti   

Muhd Zamry sebelum ini merupakan pemain di dalam industri permotoran dan memilik pengalaman lebih 30 tahun di dalam industri tersebut.

Dengan pengalaman di dalam pemasaran dan jualan beliau melihat industri makanan dan minuman yang diterokai sejak 2015 memiliki prospek yang cerah untuk berkembang di dalam dan luar negara.

Beliau ketika ini menjawat jawatan sebagai Pengarah Urusan Kumpulan Richiamo Coffee Sdn Bhd.

Richiamo Coffee berkata, tiada sebarang perubahan di dalam struktur pentadbiran syarikat walaupun kedua-dua pemegang saham itu melepaskan pegangan masing-masing.

Operasi masih berjalan seperti biasa dan ia tidak menganggu sebarang urusan dengan pelbagai pihak sama ada para pelanggan, pihak pembekal dan juga syarikat kewangan.

“Syarikat ingin mengucapkan terima kasih kepada Raja Ilya dan Zulkiflee di atas sumbangan mereka selama lima tahun kebelakangan ini bagi membangunkan jenama Richiamo Coffee sehingga ke tahap sekarang dan menjadi sebutan serta dikenali ramai,” kata Richiamio Coffee. – Mynewshub.TV

Tags: Muhd Zamry Abu Samahpemegang sahamRaja IlyaRichiamo Coffee
Share241Tweet151SendShare

Related Posts

Majlis Resepsi Raja Ilya, TWG Di 2 Negara

19/11/2018
0

KUALA LUMPUR - Pelakon, Raja Ilya, 33, mengesahkan bakal melangsungkan perkahwinan dengan jejaka Australia yang dikenali sebagai TWG, pada 23...

Raja Ilya Serik Kongsi Semua

03/08/2018
0

PUTRAJAYA - Pengalaman berdepan tohmahan netizen selepas mengambil keputusan mengundurkan dari daripada produksi Marvel Studios membuatkan Raja Ilya enggan lagi...

MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd