• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Saturday, April 18, 2026
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

Majlis Resepsi Raja Ilya, TWG Di 2 Negara

oleh Cj Mnh
19/11/2018
dalam Artis, Utama & Sensasi
0
Share on FacebookShare on Twitter

KUALA LUMPUR – Pelakon, Raja Ilya, 33, mengesahkan bakal melangsungkan perkahwinan dengan jejaka Australia yang dikenali sebagai TWG, pada 23 Disember depan.

Akad nikah dijadual berlangsung di kediaman bakal mentuanya di Perth, Australia yang hanya dihadiri ahli keluarga terdekat.

Majlis resepsi pula akan diadakan di Australia dan Malaysia, tahun depan.

Aktres berdarah kacukan Melayu, Arab dan India ini menerima lamaran ahli perniagaan terbabit selepas enam tahun menjalinkan hubungan cinta jarak jauh.

Ilya dilamar ketika kali kedua bertemu kekasihnya yang berusia 37 tahun, seterusnya bertunang pada 23 Oktober lalu di Langkawi.

Ilya atau nama sebenarnya, Raja Ramilah Begum Raja Mohammad berkata, mengikut perancangan awal, mereka akan berkahwin, dua tahun lagi.

“Kemudian, kami berubah fikiran mahu berkahwin dalam tempoh setahun. Bagaimanapun, apabila memikirkan semula, tiada sebab untuk kami menangguhkannya.

“Bakal suami mahu mempercepatkan perkahwinan dan memilih 23 Disember depan. Kami sudah lama bersedia, usia pun bukan muda lagi, jadi untuk apa kami tunggu lama?

“Bagaimanapun, keputusan berkahwin bukan dilakukan secara tergesa-gesa. Kami sudah membuat perancangan sejak beberapa bulan lalu,” katanya kepada BH Online.

Ilya yang meraih trofi Pelakon Wanita Terbaik, Anugerah Filem Malaysia Tamil di Chennai, India, pada 2011 itu berkata, persiapan perkahwinan dilakukan sepenuhnya bakal suami dan keluarganya di Perth.

“Ketika ini, saya dan bakal suami lebih teruja apabila majlis pernikahan hanya tinggal lebih kurang sebulan lagi.

“Segala persiapan diuruskan bakal suami dan keluarganya. Setiap hari, hanya panggilan video menjadi penghubung untuk urusan perkahwinan.

“Saya pilih cincin perkahwinan menerusi panggilan video. Insya-Allah saya dan keluarga akan berlepas ke Perth, tiga hari sebelum majlis pernikahan,” katanya.

Ilya berkata, majlis resepsi diadakan di Perth terlebih dulu sebelum di Malaysia, tahun depan.

“Saya belum mendapat tarikh sesuai berikutan terikat dengan jadual penggambaran sepanjang 2019.

“Saya akan menyudahkan penggambaran drama Syurgaku Tak Sempurna 2, Februari depan. Kemudian, saya terbabit pula dengan program travelog selama sebulan di Sabah.

“April pula, saya dan bakal suami menguruskan pula perkahwinan bakal adik ipar di Perth.

“Pada pertengahan tahun, saya akan menyambung pengajian di bawah geran Perbadanan Kemajuan Filem Nasional (FINAS). Saya pilih untuk menyambung pengajian di Perth.

“Mungkin selepas itu barulah saya sempat memikirkan majlis resepsi,” katanya yang bertemu dengan bakal suaminya ketika bertugas sebagai pramugari AirAsia pada 2012.

Sabtu lalu, Ilya menghadiri majlis doa selamat dan penggambaran drama Syurgaku Tak Sempurna 2 di Bukit Jelutong, Shah Alam. – BH Online 

 

Tags: majlis resepsiRaja Ilya
Share196Tweet123SendShare

Related Posts

Raja Ilya Bukan Lagi Pemegang Saham Richiamo Coffee

05/02/2021
0

KUALA LUMPUR - Richiamo Coffee Sdn. Bhd., pemilik rangkaian kedai kopi premium Richiamo Coffee di seluruh negara hari ini mengumumkan...

Raja Ilya Serik Kongsi Semua

03/08/2018
0

PUTRAJAYA - Pengalaman berdepan tohmahan netizen selepas mengambil keputusan mengundurkan dari daripada produksi Marvel Studios membuatkan Raja Ilya enggan lagi...

MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd