• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Wednesday, May 21, 2025
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

Bapa Muslim, Ibu Buddha, Wanita Diisytihar Bukan Muslim

oleh
05/02/2021
dalam Utama & Sensasi
0
Share on FacebookShare on Twitter

PUTRAJAYA – Seorang wanita yang dilahirkan luar nikah, berbapakan seorang Muslim dan ibu penganut agama Buddha, berjaya dalam rayuannya di Mahkamah Persekutuan untuk diisytiharkan sebagai bukan Muslim.

Ketua Hakim Negara, Tun Tengku Maimun Tuan Mat yang mengetuai panel sembilan hakim dalam penghakimaan dengan keputusan majoriti 7-2 itu membenarkan rayuan Rosliza Ibrahim serta permohonannya.

Beliau memutuskan bahawa Rosliza bukan orang yang menganut agama Islam kerana tidak ada bukti bahawa beliau adalah seorang Islam dengan kepercayaan yang sebenar.

Tengku Maimun berkata Rosliza dan ibunya tidak pernah menjadi seorang Muslim.

Presiden Mahkamah Rayuan, Tan Sri Rohana Yusuf dan Hakim Mahkamah Persekutuan, Datuk Nallini Pathmanathan, Datuk Abdul Rahman Sebli, Datuk Zabariah Mohd Yusof, Datuk Mary Lim Thiam Suan dan Datuk Rhodzariah Bujang bersetuju dengan Tengku Maimun.

Hakim Besar Malaya, Tan Sri Azahar Mohamed dan Hakim Mahkamah Persekutuan, Datuk Seri Hasnah Mohammed Hashim setuju dengan Tengku Maimun berhubung dua persoalan undang-undang itu namun berpendapat tidak boleh membuat sebarang perintah berhubung pengisytiharan yang diminta Rosliza kerana tidak mempunyai pandangan jawatankuasa fatwa.

Rosliza, 38, memfailkan saman pemula pada 2015 untuk mendapatkan satu pengisytiharan bahawa beliau telah dilahirkan sebelum bapanya, yang beragama Islam dan mendiang ibunya, penganut Buddha, berkahwin.

Pada 22 Jun 2017, Mahkamah Tinggi Shah Alam menolak saman pemula itu atas alasan bukti yang dikemukakan pemohon hanya menunjukkan bahawa tiada pendaftaran perkahwinan dibuat dan perkara itu tidak membuktikan bahawa perkahwinan itu tidak berlaku.

Wanita itu kemudiannya merayu namun gagal setelah rayuannya ditolak Mahkamah Rayuan pada 25 April 2018.

Pada 20 Januari tahun lepas, Mahkamah Persekutuan membenarkan permohonan Rosliza untuk mendapatkan kebenaran untuk merayu terhadap dua isu perundangan yang perlu diputuskan mahkamah. – BERNAMA

Tags: Anak Luar NikahBuddhabukan muslimislamMuslim
Share196Tweet123SendShare
Previous Post

Polis Terima 7 Laporan Terhadap Tommy Thomas

Next Post

16 Barang Disenarai Skim Harga Maksimum Tahun Baharu Cina

Related Posts

UMNO Gesa Hentikan Polemik Garis Panduan Untuk Orang Islam

UMNO Gesa Hentikan Polemik Garis Panduan Untuk Orang Islam

07/02/2025
0

SHAH ALAM - UMNO menggesa semua pihak supaya menghentikan polemik berhubung garis panduan penglibatan orang Islam dalam majlis sambutan perayaan...

TERKINI: ‘Saya Baru Hantar Isteri Ke KLIA, Terkejut Bila Dapat Khabar Kematiannya’

Tak Boleh Berdoa Di Kubur Bukan Islam Kecuali…

19/05/2024
0

Kuala Lumpur: "Pada prinsip asasnya tidak boleh doa kepada orang bukan Islam di perkuburan itu. IKUTI CHANNEL MYNEWSHUB DI WHATSAPP….....

Next Post

16 Barang Disenarai Skim Harga Maksimum Tahun Baharu Cina

MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd