• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Sunday, May 24, 2026
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

Jadikan Prinsip Kejayaan Sebagai Kompas Hidup

oleh Ahmad Albab
08/03/2015
dalam Terkini
0
Share on FacebookShare on Twitter

KANGAR – Raja Muda Perlis Tuanku Syed Faizuddin Putra Jamalullail bertitah mengingatkan rakyat supaya menjadikan prinsip mencipta kejayaan sebagai matlamat hidup mereka pada masa depan.

Untuk tujuan itu, baginda bertitah supaya mereka memperkukuhkan diri dengan pengetahuan, kemahiran dan semangat juang yang tinggi.

Baginda bertitah sejarah peradaban manusia membuktikan ramai yang telah berjaya kerana usaha mereka namun baginda sedih kerana mereka yang benar-benar menghidupkan makna kejayaan itu amat sedikit.

Keadaan itu boleh diatasi dengan meletakkan nilai moral, prinsip kasih sayang, adil dan integriti sebagai keutamaan di samping mempraktikkan kepimpinan melalui teladan, titah baginda pada majlis Anugerah Perkhidmatan Cemerlang (APC) dan Keterampilan jabatan dan agensi Agama Islam Perlis tahun 2014 yang diadakan di Tanjung Bungah, Pulau Pinang pada Sabtu malam.

Titah ucapan Tuanku Syed Faizuddin yang juga Yang Dipertua MAIPs dikeluarkan majlis itu di sini, Ahad.

“Insya-Allah setiap harapan boleh menjadi kenyataan dan jika mereka mengadaptasikannya mereka boleh mendapat kejayaan,” titah baginda

Berangkat sama Raja Puan Muda Perlis Tuanku Hajah Lailatul Shahreen Akashah Khalil.

Keberangkatan baginda berdua disambut timbalan Yang Dipertua Majlis Agama Islam dan Adat Istiadat Melayu Perlis (MAIPs) Datuk Abu Bakar Ahmad.

Menurut baginda lagi ketaatan terhadap agama yang memperlihatkan nilai-nilai murni, sikap bantu-membantu dan keterbukaan, berkongsi, ingat-mengingati, sentiasa positif dan mengindarkan sikap berpuak-puak perlu diamalkan kerana ia mendorong kejayaan dalam kehidupan insan mahupun sesebuah organisasi.

Tuanku Syed Faizuddin turut berkenan menyampaikan anugerah kepada 14 penerima APC dan 22 penerima Anugerah Ketrampilan terdiri daripada warga kerja MAIPs, Jabatan Hal Ehwal Agama Islam Perlis, Jabatan Mufti, Jabatan Kehakiman Syariah Perlis dan Pejabat Tuanku Raja Perlis.

Abu Bakar dan Ketua Pegawai Eksekutif MAIPs Abdul Malik Hussin dikurniakan Anugerah Khas Semangat Waja. – BERNAMA

Tags: Raja Muda Perlis
Share196Tweet123SendShare

Related Posts

Raja Muda Perlis Alu-Alukan Kerjasama FGV – MAIPS

Raja Muda Perlis Alu-Alukan Kerjasama FGV – MAIPS

02/07/2022
0

KUALA LUMPUR : Raja Muda Perlis Tuanku Syed Faizuddin Putra Jamalullail menitahkan bahawa kerjasama Felda Global Ventures (FGV) bersama Majlis...

Saling Ingat Mengingati Kesan Buruk Dadah

13/11/2018
0

KUALA PERLIS – Raja Muda Perlis, Tuanku Syed Faizuddin Putra Jamalullail bertitah supaya rakyat saling memberi peringatan di antara satu...

MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd