• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Thursday, May 14, 2026
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

Kerajaan Cari Kaedah Realistik Bantu Rakyat Terjejas Pendapatan

oleh
04/02/2021
dalam Utama & Sensasi
0
Share on FacebookShare on Twitter

KUALA LUMPUR – Kerajaan akan mencari kaedah yang lebih realistik bagi pelan jangka panjang untuk membantu mereka yang terjejas akibat COVID-19 selain mengelakkan negara mengalami kekurangan pendapatan, kata Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Ekonomi), Datuk Seri Mustapa Mohamed.

Berdasarkan laporan sebelum ini, sekatan pergerakan yang tegas akan menyebabkan negara kehilangan pendapatan kira-kira RM2.4 bilion sehari.

Mustapa berkata antara kaedah yang dipertimbangkan adalah membenarkan pembukaan semua sektor ekonomi bagi membasmi jurang pendapatan rakyat di bawah pelan jangka panjang.

Langkah ini perlu bagi membantu rakyat yang terjejas pendapatan terutamanya mereka yang berada dalam sektor tidak formal seperti peniaga kecil-kecilan, peniaga pasar malam dan sebagainya, katanya ketika ditemubual dalam program Perspektif di Astro Awani malam tadi.

“Jadi, di bawah pelan jangka panjang, kita tiada pilihan melainkan realistik dan melihat COVID-19 ini sebagai satu gejala yang akan ada dengan kita dalam beberapa waktu sehingga kerajaan dapat menyediakan vaksin kepada seluruh rakyat Malaysia,” katanya.

Mustapa berkata, bagaimanapun, prosedur operasi standard akan tetap dikuatkuasakan bagi membendung kes COVID-19.

“Pendekatan kerajaan hari ini berubah dari segi falsafahnya di mana pertimbangan antara nyawa dan kehidupan itu sudah seimbang berbanding pada awal kedatangan COVID-19, di mana tumpuan lebih diberikan kepada kesihatan rakyat dan untuk mengawal pandemik ini,” katanya. – BERNAMA

Tags: EkonomiMustapa MohamedpendapatanRakyat
Share196Tweet123SendShare

Related Posts

Selangor, Pulau Pinang Membangun Kerana Pentadbiran Negeri Melibatkan DAP – Teh Swee Leong

Selangor, Pulau Pinang Membangun Kerana Pentadbiran Negeri Melibatkan DAP – Teh Swee Leong

09/05/2026
0

KUALA LUMPUR - Seorang pemimpin DAP mendakwa negeri yang mempunyai penglibatan parti itu dalam pentadbiran kerajaannya menunjukkan pembangunan ekonomi yang...

Pelancongan Mesra Maksiat Demi Ekonomi Adalah Haram – Nik Abduh

Pelancongan Mesra Maksiat Demi Ekonomi Adalah Haram – Nik Abduh

06/05/2026
0

KUALA LUMPUR - Menawarkan pelancongan mesra maksiat adalah haram di sisi agama walaupun dengan alasan merancakkan ekonomi negara. Ahli Dewan...

MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd