• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Monday, June 29, 2026
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

Malaysia Bangunkan 2 Teknologi Kesan Virus Covid-19

oleh
03/02/2021
dalam Utama & Sensasi
0
Share on FacebookShare on Twitter

KUALA LUMPUR – Malaysia sedang membangunkan dua teknologi menerusi universiti tempatan yang dibiayai Kementerian Sains Teknologi dan Inovasi (MOSTI) untuk mengesan virus Covid-19. 

Timbalan Menterinya, Datuk Ahmad Amzad Hashim berkata, teknologi berkenaan adalah pengesanan menggunakan asid deoksiribonukleik (DNA). 

“Selain itu, teknologi berasaskan pengesanan gentian fiber optik ke atas sampel air liur turut giat dibangunkan. 

“Teknologi ini hasil kerjasama antara Kementerian Pengajian Tinggi (KPT), Kementerian Perdagangan Antarabangsa dan Industri (MITI) dan MOSTI,” katanya dalam satu kenyataan hari ini. 

Menurutnya, kebelakangan ini media melaporkan beberapa penemuan baharu berkenaan alat mengesan Covid-19 di beberapa negara jiran seperti Singapura dan Indonesia.

“Malaysia juga tidak ketinggalan, teknologi yang sedang dibangunkan universiti tempatan ini masih lagi dalam fasa pembangunan dan piawaian bagi memastikan teknologi ini selamat untuk digunakan dan memberikan bacaan yang tepat. 

“Usaha ini sangat penting bagi memastikan tahap kecekapan mengesan virus Covid-19 berada tahap yang lebih tinggi dan berkesan,” katanya. 

Ahmad Amzad berkata, selain daripada teknologi mengesan virus Covid-19, terdapat juga beberapa usaha penyelidikan dan pembangunan dalam ekonomi kurang sentuh, teknologi tinggi (low touch, high tech) untuk memudahkan kehidupan seharian dalam mengharungi norma baharu.

“Tahun lalu, MTDC (Perbadanan Pembangunan Teknologi Malaysia), sebuah agensi di bawah MOSTI melancarkan teknologi robotik untuk diguna pakai bagi menyelesaikan isu kebersihan dan pengangkutan barang di salah sebuah pasar awam negara ini.

“Selain itu, pernah tular sebelum ini mengenai Robot Makcik Kiah 19 (MCK19) atau Key Innovations Assisting Healthcare (KIAH) yang dicipta bagi membantu melakukan kerja petugas barisan hadapan,” katanya. 

Menurutnya, MOSTI sendiri melancarkan Malaysia Grand Challenge bagi mendepani cabaran terkini negara dengan mengambil kira cabaran tempatan dan antarabangsa. 

“Selain itu, kita juga ada MyHackhaton, National Technology Industrial Sandbox (NTIS) dan sebagainya.

“Kerajaan sentiasa mengalu-alukan dan menerima idea dan teknologi sebegini yang dapat membantu mutu perkhidmatan awam atau memudahkan aktiviti seharian rakyat seiring dengan pendekatan norma baharu,” katanya. – myMetro Online

Tags: Covid-19MostiTeknologi
Share197Tweet123SendShare

Related Posts

Khaled Nordin Kagum Teknologi Ketenteraan Iran, Patriotisme Rakyat

Khaled Nordin Kagum Teknologi Ketenteraan Iran, Patriotisme Rakyat

14/04/2026
0

KUALA LUMPUR – Menteri Pertahanan, Datuk Seri Mohamed Khaled Nordin menyatakan kekaguman terhadap keupayaan teknologi ketenteraan Iran termasuk dron, roket...

Objek Disyaki Serpihan Angkasa Dikesan di Ruang Udara Sarawak

Objek Disyaki Serpihan Angkasa Dikesan di Ruang Udara Sarawak

09/04/2026
0

KUALA LUMPUR – Kementerian Sains, Teknologi dan Inovasi (MOSTI) menasihati orang ramai agar tidak menyentuh sebarang objek mencurigakan yang mungkin...

MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd