• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Thursday, April 2, 2026
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

Jururawat Meninggal Dunia Akibat Covid-19, Bayi Selamat

oleh
02/02/2021
dalam Utama & Sensasi
0
Share on FacebookShare on Twitter

KUALA LUMPUR – Seorang jururawat yang bertugas di Jabatan Perubatan Pemulihan Pusat, Pakar Perubatan Universiti Teknologi Mara (UiTM) Sungai Buloh, Artini Dzolkarnaini meninggal dunia, awal pagi tadi dipercayai akibat komplikasi Covid-19.

Berita pemergian petugas barisan hadapan itu dikongsi Fakulti Perubatan UiTM menerusi Facebook (FB), hari ini.

“Dukacita dimaklumkan Sr Artini Dzolkarnaini telah meninggal dunia, di Hospital UiTM pada 5.30 pagi tadi.

“Seluruh warga Fakulti Perubatan UiTM ingin merakamkan ucapan salam takziah. Kami mendoakan semoga roh beliau ditempatkan dalam kalangan orang-orang yang beriman,” kata kenyataan itu.

Dalam pada itu, carian di FB mendapati pemergian jururawat berkenaan yang juga penulis buku bertajuk Penjagaan dan Pemulihan Jantung terbitan UiTM menerima reaksi duka kenalan arwah dan warga net.

Difahamkan, arwah dijangkiti Covid-19 ketika sedang mengandung 30 minggu berdasarkan beberapa komen balas daripada rakan dan keluarganya di FB.

Dikatakan juga, bayi arwah Artini berjaya diselamatkan secara pembedahan cesarean dan ditempatkan di unit rawatan intensif neonatal (NICU) hospital berkenaan.

Artini adalah jururawat program pemulihan jantung dan ibu kepada lima anak termasuk bayi baru dilahirkan. 

Harian Metro cuba menghubungi keluarga arwah yang difahamkan belum bersedia untuk berkongsi cerita dan mengharapkan orang ramai berdoa urusan keluarga mereka dipermudahkan. – myMetro Online

Tags: Covid-19jururawatmeninggal dunia
Share196Tweet123SendShare

Related Posts

Kematian Dicemburi, Warga Emas Meninggal Dunia Ketika Dalam Sujud Di Surau

Kematian Dicemburi, Warga Emas Meninggal Dunia Ketika Dalam Sujud Di Surau

23/03/2026
0

Oleh Mynewshub SUNGAI PETANI – Seorang lelaki warga emas meninggal dunia dalam keadaan sujud ketika menunaikan solat sunat di Surau...

Chuck Norris Meninggal Dunia Pada Usia 86 Tahun

Chuck Norris Meninggal Dunia Pada Usia 86 Tahun

21/03/2026
0

HOLLYWOOD, 21 Mac 2026 – Dunia hiburan antarabangsa dikejutkan dengan berita pemergian legenda seni mempertahankan diri dan pelakon terkenal, Chuck...

MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd