• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Monday, June 29, 2026
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

“Jangan Rosakkan Bola Sepak” – TMJ

oleh
02/02/2021
dalam Utama & Sensasi
0
Share on FacebookShare on Twitter

KUALA LUMPUR – Bekas Presiden Persatuan Bolasepak Malaysia (FAM), Tunku Ismail Sultan Ibrahim memberi amaran keras kepada ahli politik supaya tidak merosakkan bola sepak negara.

Amaran itu disuarakan Tunku Ismail yang juga Tunku Mahkota Johor (TMJ) ketika menjawab soalan peminat bola sepak tanah air pada sesi soal jawab santai menerusi akaun Instagram Story miliknya, semalam.

“Dah merosakkan negara jangan sibuk nak merosakkan bola sepak,” kata TMJ selepas diajukan soalan apa pendapat beliau mengenai ahli politik yang mahu bertanding dalam Kongres FAM yang akan datang.

Kongres FAM ke-57 dijadualkan berlangsung di Kuala Lumpur pada 13 Mac ini dan akan menyaksikan pemilihan barisan kepimpinan baharu badan induk itu.

Sebelum ini, Presiden FAM, Datuk Hamidin Mohd Amin mengesahkan sedia untuk dicalonkan semula bagi mempertahankan jawatan yang disandangnya itu pada pemilihan akan datang.

Hamidin berkata, keputusan itu sudah dimaklumkan kepada EXCO badan induk berkenaan dan ia dibuat selepas perbincangan bersama beberapa pihak termasuk keluarga dan rakan dalam arena bola sepak.

Timbalan Presiden FAM, Datuk Mohd Yusoff Mahadi turut menawarkan diri untuk mempertahankan jawatannya pada kongres itu nanti.

Dalam perkembangan lain, TMJ yang juga pemilik Kelab Bolasepak Johor Darul Ta’zim (JDT) turut menjelaskan sasaran realistik diletakkan ke atas skuad Harimau Selatan dalam saingan Liga Juara-Juara Asia (ACL) musim ini.

“Melepasi peringkat kumpulan dan berharap ke suku akhir, sasaran yang realistik. Ia sukar, tapi tiada perkara yang mustahil,” katanya. – BH Online

Tags: ahli politikbola sepakTMJTunku Ismail Sultan Ibrahim
Share197Tweet123SendShare

Related Posts

Payah Juga Bila Hubungan Baik Ditafsir Sebagai Pengawalan Istana Ke Atas Sesuatu Pihak

Payah Juga Bila Hubungan Baik Ditafsir Sebagai Pengawalan Istana Ke Atas Sesuatu Pihak

25/06/2026
0

Oleh Mynewshub JOHOR BAHRU – Dakwaan Datuk Dr. Mohd Puad Zarkashi bahawa UMNO Johor kononnya dikawal oleh Istana Johor boleh...

PM Anwar Datang Mengadap TMJ

PM Anwar Datang Mengadap TMJ

22/06/2026
0

OLEH MYNEWSHUB  KUALA LUMPUR, 22 Jun — Datuk Seri Anwar Ibrahim hari ini menghadap Pemangku Sultan Johor, DYAM Tunku Mahkota...

MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd