• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Friday, May 23, 2025
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

Tentera Myanmar Sahkan Rampasan Kuasa

oleh
01/02/2021
dalam Utama & Sensasi
0
Share on FacebookShare on Twitter

YANGON – Tentera Myanmar mengesahkan rampasan kuasa daripada kerajaan sah negara itu. 

BBC melaporkan kuasa pentadbiran kini diletakkan di bawah tentera.

Selain itu, tentera mengisytiharkan perintah darurat di negara itu untuk tempoh sekurang-kurangnya setahun. 

AFP sebelum ini melaporkan Presiden Maynmar Win Myint dan Kaunselor Negara Aung San Suu Kyi sudah ditahan, pagi tadi.

Susulan itu, berlaku gangguan internet di negara berkenaan sejak awal pagi tadi. 

Penahanan Suu Kyi dibuat seminggu selepas pemimpin kanan tentera, Jeneral Min Aung Hlaing, mengumumkan tidak menolak kemungkinan rampasan kuasa bagi menangani krisis politik itu.

Ia selepas tentera Myanmar menuduh berlaku penipuan dalam pilihan raya umum November lalu, yang menyaksikan parti pemerintah (NLD) pimpinan Suu Kyi menang besar.

Pemilihan pada November lalu adalah pilihan raya demokratik yang kedua di Myanmar sejak negara itu keluar daripada regim pemerintahan diktator selama 49 tahun.

Myanmar baru sedekad ‘bebas’ daripada pemerintahan tentera selama 50 tahun. 

Bagaimanapun, sistem demokrasi dikawal ketat jeneral tentera.

Dalam pada itu, AFP melaporkan bahawa tentera kini mengawal ketat selepas mengambil alih Dewan Bandaraya Yangon.

Lima trak tentera kelihatan di depan bangunan berkenaan dan anggota tentera melarang kakitangan untuk memasuki premis berkenaan. – Agensi

Tags: daruratrampasan kuasaTentera Myanmar
Share196Tweet123SendShare
Previous Post

Anonymous Mula Menyerang

Next Post

Seramai 335 Terima Darjah Kebesaran Sempena Hari Wilayah

Related Posts

Kebakaran Terbesar Dekad Ini, Israel Umum Darurat Negara

Kebakaran Terbesar Dekad Ini, Israel Umum Darurat Negara

01/05/2025
0

BET SHEMESH, Israel: Perdana Menteri Israel Benjamin Netanyahu memberi amaran bahawa kebakaran hutan yang merebak dengan pantas berhampiran Baitulmaqdis boleh...

Rampasan Kuasa Di Gabon: Rakyat Malaysia Dilaporkan Selamat

Rampasan Kuasa Di Gabon: Rakyat Malaysia Dilaporkan Selamat

30/08/2023
0

Kuala Lumpur : Rakyat Malaysia yang berada di Gabon dilaporkan dalam keadaan selamat susulan rampasan kuasa pihak tentera di negara...

Next Post

Seramai 335 Terima Darjah Kebesaran Sempena Hari Wilayah

MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd