• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Tuesday, November 3, 2026
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

MKN Tak Keluar Arahan Penyewa Kondo Wajib Ujian Calitan

oleh
dalam Utama & Sensasi
0
Share on FacebookShare on Twitter

KUALA LUMPUR – Majlis Keselamatan Negara (MKN) tidak pernah mengeluarkan polisi atau arahan yang mewajibkan penyewa termasuk penyewa warga asing atau pelawat melakukan ujian saringan COVID-19 untuk memasuki apartment, kondominium atau kawasan perumahan tertutup.

Bagaimanapun, Menteri Kanan (Kluster Keselamatan), Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob berkata agensi tersebut tidak menghalang pihak pengurusan kondominium atau kawasan perumahan berbuat demikian bagi menjaga keselamatan penduduk.

“Kawasan perumahan, kondominium atau apartment tertutup adalah kawasan persendirianyang mana pengurusan boleh membuat peraturan di dalam kawasan mereka. 

“Malah mereka boleh membuat peraturan menyekat pelawat, contohnya di Sarawak, orang luar tidak dibenarkan melawat rumah-rumah panjang,” katanya menerusi hantaran di laman Twitternya hari ini.

Ismail Sabri berkata demikian mengenai dakwaan daripada beberapa Ahli Parlimen yang menyatakan keperluan ujian saringan COVID-19 kononnya melibatkan semua penyewa di kondominium.

Semalam, dalam sidang media perkembangan Perintah Kawalan Pergerakan (PKP), Ismail Sabri berkata tindakan pihak pengurusan kondominium yang mengarahkan penyewa membuat ujian calitan COVID-19 sebelum memasuki unit kediaman adalah dibenarkan. – BERNAMA

Tags: Covid-19KondominiumMKNujian saringan
Share197Tweet123SendShare

Related Posts

Aplikasi TuJu Catat Lebih 700,000 Muat Turun Sejak Semalam – MKN

Aplikasi TuJu Catat Lebih 700,000 Muat Turun Sejak Semalam – MKN

22/10/2026
0

KUALA LUMPUR - Aplikasi navigasi tempatan TuJu yang dibangunkan oleh Lembaga Lebuhraya Malaysia (LLM) mencatatkan lebih 700,000 muat turun sejak...

Penilaian Pasca-Latihan Ketenteraan Akan Dilaksanakan – MKN

Penilaian Pasca-Latihan Ketenteraan Akan Dilaksanakan – MKN

26/05/2026
0

KUALA LUMPUR - Majlis Keselamatan Negara (MKN) memaklumkan, penilaian pasca-latihan ketenteraan akan dilaksanakan bagi meneliti keberkesanan serta sebarang impak yang...

MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd