• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Monday, June 29, 2026
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

Malaysia Jatuh Ke Tangga 57 Indeks Persepsi Rasuah

oleh
29/01/2021
dalam Utama & Sensasi
0
Share on FacebookShare on Twitter

SHAH ALAM – Kedudukan Malaysia dalam Indeks Persepsi Rasuah (CPI) dunia bagi tahun 2020 jatuh ke kedudukan 57 berbanding tangga 51 pada 2019.

Presiden Transparency International Malaysia (TI-M), Dr Muhammad Mohan berkata, daripada 180 negara, Malaysia mencatatkan skor 51 daripada 100 berbanding skor sebanyak 53 peratus pada tahun sebelumnya.

“Kejatuhan kedudukan ini perlu kita risaukan dan pertingkatkan.

“Saya yakin kita boleh pertingkatkan kedudukan ini berbanding negara-negara seperti Rwanda yang menduduki tangga 49 dan Poland pada tangga 45,” katanya ketika melancarkan laporan CPI 2020 secara maya pada Khamis.

Mengulas lanjut, beliau berkata, negara yang menduduki tangga teratas dalam CPI itu ialah Denmark, New Zealand, Finland dan Singapura.

Menurutnya, dalam CPI 2020 peringkat negara Islam pula, Malaysia menduduki tangga keenam selepas Emeriah Arab Bersatu (UAE), Qatar, Brunei, Oman dan Arab Saudi.

Untuk ASEAN pula, katanya, Malaysia berada di kedudukan ketiga selepas Singapura yang berada di tangga pertama dengan mencatatkan skor 85 peratus dan berada pada tangga empat dunia.

Brunei pula menghuni tangga kedua dengan skor yang direkodkan sebanyak 60 peratus iaitu sama seperti pada 2019 dan kekal berada pada tangga 35 dunia.

Beliau menegaskan, berdasarkan analisis yang dilakukan, kejatuhan kedudukan CPI Malaysia bagi 2020 mungkin dipengaruhi beberapa faktor terutamanya disebabkan pembaharuan institusi kerajaan yang terhenti.

“Antaranya berpunca daripada kegagalan kerajaan terdahulu dan kerajaan sekarang membentangkan dan meluluskan rang undang-undang dana politik. Akibatnya politik wang masih berleluasa semasa pilihanraya.

“Selain itu ia juga dipengaruhi oleh pembebasan atau pelepasan kes mahkamah yang tidak sama dengan pembebasan kepada personaliti berprofil tinggi dalam beberapa kes rasuah seperti melibatkan Riza Aziz, Tan Sri Musa Aman dan Datuk Seri Tengku Adnan Tengku Mansor,” katanya.

Tambah Dr Muhammad, faktor seterusnya disebabkan akses terhad kepada maklumat mengenai kepentingan awam.

Beliau menjelaskan, maklumat mengenai perkara itu tidak sepatutnya boleh diletakkan di bawah klausa perjanjian tanpa pendedahan melainkan jika hal itu mempengaruhi keselamatan negara.

“Contoh maklumat yang tidak didedahkan ialah berkaitan pampasan untuk penamatan projek Kereta Api Berkelajuan Tinggi (HSR) dan pampasan sebenar yang dibayar oleh Goldman Sachs dalam kes 1MDB masih belum diketahui,” katanya.

Dr Muhammad memberitahu, penyalahgunaan kuasa dan rasuah yang berterusan oleh agensi penguatkuasaan juga menyumbang kepada kejatuhan CPI Malaysia.

“Sebagai contoh, di sebalik tindakan keras Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) terhadap rasuah kecil di Jabatan Imigresen, pengambilan rasuah dan pengeluaran visa secara palsu tetap menjadi masalah yang berterusan.

“CPI Malaysia juga jatuh disebabkan kurangnya kemahuan politik dalam pelbagai pentadbiran bagi memerangi rasuah institusi,” katanya. – Sinar harian

Tags: Malaysiarasuah
Share197Tweet123SendShare

Related Posts

Wakil Pelarian Rohingya Rayu Malaysia Terus Tunjuk Belas Ihsan

Wakil Pelarian Rohingya Rayu Malaysia Terus Tunjuk Belas Ihsan

08/06/2026
0

KUALA LUMPUR – Seorang wakil komuniti pelarian Rohingya, Sharif Media merayu kepada kerajaan dan rakyat Malaysia agar terus menunjukkan belas...

Jemaah Haji Malaysia Dipuji Tinggalkan Khemah Mina Bersih Dan Teratur

Jemaah Haji Malaysia Dipuji Tinggalkan Khemah Mina Bersih Dan Teratur

30/05/2026
0

KUALA LUMPUR – Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Hal Ehwal Agama), Dr Zulkifli Hasan memuji sikap dan disiplin jemaah haji...

MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd