• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Wednesday, July 1, 2026
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

China Mula Laksana Swab Dubur Kesan Covid-19

oleh
29/01/2021
dalam Utama & Sensasi
0
Share on FacebookShare on Twitter

BEIJING – Pemerintah China telah mula menggunakan kaedah calitan dubur (anal swab) ke atas individu yang dianggap berisiko tinggi dijangkiti Covid-19.

Sebelum ini, pakar-pakar perubatan China bersetuju, kaedah itu adalah lebih tepat untuk mengesan kehadiran Covid-19 berbanding ujian calitan tekak dan hidung.

Penyiar rasmi CCTV berkata, pegawai kesihatan telah mula mengambil sampel daripada penduduk di zon merah di Beijing pada minggu lalu.

Penduduk yang ditempatkan di pusat-pusat kuarantin turut diarah menjalani prosedur sama.

Doktor kanan di Hospital Youan di Beijing, Li Tongzeng memberitahu CCTV bahawa kaedah calitan dubur dapat meningkatkan kadar pengesanan individu yang dijangkiti virus berkenaan.

Tambahnya, ini kerana kesan virus kekal lebih lama di dubur berbanding di saluran pernafasan.

“Kaedah ini juga membantu mengurangkan hasil ujian positif palsu,” katanya.

Bagaimanapun, menurut CCTV, kaedah swab dubur tidak akan dilaksanakan secara meluas seperti kaedah konvensional yang disyorkan Pertubuhan Kesihatan Sedunia (WHO).

Sementara itu, warganet di China memberikan pelbagai reaksi susulan pelaksanaan calitan dubur berkenaan.

Ada yang mengkritik langkah itu dan tidak kurang ada juga yang menjadikannya sebagai bahan jenaka. – Agensi

Tags: calitan duburChinaCovid-19
Share197Tweet123SendShare

Related Posts

Dakwaan Hina Penduduk China: PDRM Akhirnya Buka Siasatan Tatatertib Terhadap Anggota

Dakwaan Hina Penduduk China: PDRM Akhirnya Buka Siasatan Tatatertib Terhadap Anggota

23/06/2026
0

Oleh Mynewshub  KUALA LUMPUR – Polis Diraja Malaysia (PDRM) mengesahkan telah membuka kertas siasatan tatatertib terhadap seorang anggotanya yang dikaitkan...

Ekyn.Wong Muat Naik Kenyataan Permohonan Maaf Isu Tular Ketika Bercuti Di China

Ekyn.Wong Muat Naik Kenyataan Permohonan Maaf Isu Tular Ketika Bercuti Di China

20/06/2026
0

KUALA LUMPUR – Akaun Tiktok ekyn.wong hari ini memuat naik kenyataan permohonan maaf oleh individu bernama Nur Asyiqin Mohd Dalil...

MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd