• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Sunday, May 24, 2026
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

Abam Bocey Minta Ibu Carikan Jodoh

oleh Ahmad Albab
09/03/2015
dalam Artis
0
Share on FacebookShare on Twitter

PETALING JAYA – Pelawak Abam Bocey memberitahu dia menyerahkan tanggungjawab kepada ibu untuk mencari teman hidup buat dirinya.

Abam atau nama sebenarnya Syed Umar Mokhtar Syed Mohd, 27, berkata, perkara itu disebabkan dia tidak percaya dengan wanita yang datang mendekatinya benar-benar ikhlas.

“Saya sudah serahkan hal ini pada ibu dan biarlah dia cari wanita yang sesuai untuk saya.

“Memang ada wanita yang cuba rapat dan kenal dengan saya, cuma saya tidak percaya dengan keikhlasannya sama ada betul dia ingin rapat dengan ikhlas atau sebab tertentu,” ujarnya kepada mStar Online.

Abam berkata, keadaan fizikalnya yang besar membuatkan dia agak meragui jika ada wanita yang mendekati dan mahu bersama dengannya.

“Dulu masa saya tidak dikenali tidak ada siapa pun yang mahu kenal tetapi bila sudah dikenali ramai pula yang mahu rapat,” ujarnya.

Bagaimanapun, Abam berkata, keluarga tidak pernah mendesak untuk dia mendirikan rumah tangga.

Sementara itu, Abam berkata, dia mahu menumpukan perhatian sepenuhnya terhadap kerjaya terlebih dahulu sebelum berkahwin.

Jelasnya, bukan mudah untuk dia mendapatkan kerja lain selain apa yang dilakukannya kini.

Sebelum bergelar pelawak, Abam mengakui sukar untuk mendapat pekerjaan yang sesuai dengan keadaan tubuh badannya.

“Pada umur 24 tahun dan saya belum lagi jadi pelawak susah orang nak bagi kerja sebab tengok keadaan fizikal. Kalau dapat pun tidak sesuai dengan keadaan fizikal.

“Salah satunya pekerjaan terakhir ialah membaiki barang elektrik seperti lampu yang mana susah untuk saya memanjat tangga,” ujarnya.

Dalam perkembangan lain, Abam berkata, dia bersama Bocey bakal mengadakan persembahan di Lawak Ker der 2015 di Panggung Sari, Istana Budaya, pada 16 hingga 19 April depan.

Selain Bocey, pelawak Afdlin Shauki, Harith Iskander, Douglas Lim dan pelawak baharu Rayza Mukmin akan beraksi pada empat malam tersebut.

– mStar Online

Tags: Artispelawak
Share196Tweet123SendShare

Related Posts

Pelakon Jalil Hamid Meninggal Dunia Pada Usia 69 Tahun

Pelakon Jalil Hamid Meninggal Dunia Pada Usia 69 Tahun

04/05/2026
0

KUALA LUMPUR - Pelakon, penyanyi dan pelawak tanah air, Jalil Hamid, 69, meninggal dunia dalam tidur di rumahnya tengah hari...

Pelawak, Isteri Dibebas Dengan Jaminan Polis

Pelawak, Isteri Dibebas Dengan Jaminan Polis

03/07/2024
0

Shah Alam : Pelawak serta isterinya yang ditahan polis berhubung penyebaran maklumat dalaman berkaitan Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Shah...

MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd