• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Thursday, May 14, 2026
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

5% Pelajar Disaring Pada 2016-2018 Pembawa Talasemia

oleh
27/01/2021
dalam Utama & Sensasi
0
Share on FacebookShare on Twitter

PUTRAJAYA – Kira-kira lima peratus atau seorang daripada 20 pelajar tingkatan empat yang disaring dalam tempoh 2016 hingga 2018 adalah pembawa talasemia, kata Menteri Kesihatan, Datuk Seri Adham Baba.

Beliau berkata dalam tempoh itu, seramai 689,460 pelajar tingkatan empat telah disaring dengan 31,716 dikesan sebagai pembawa talasemia.

Menurutnya, setakat 28 November 2019, ‘Malaysia Thalassaemia Registry’ merekodkan 8,681 pesakit talasemia dengan 7,240 daripadanya masih hidup dan sedang menerima rawatan, manakala 130 pesakit telah sembuh dengan rawatan sel stem.

“Usaha pencegahan talasemia amat penting untuk memastikan bilangan pesakit talasemia berkurangan berikutan kos bagi rawatan penyakit itu agak tinggi,” katanya ketika melancarkan Kempen Kesedaran Talasemia ‘NowyouSEEme’ 2021 secara maya hari ini.

Dr Adham menjelaskan penghidap talasemia tidak dapat menghasilkan sel darah merah yang normal, menyebabkan fungsi sel darah merah mereka terjejas dan pesakit memerlukan pemindahan darah secara berkala. 

“Pesakit talasemia juga cenderung mendapat komplikasi penyakit dan komplikasi rawatan jika pesakit tidak patuh kepada rejim rawatan dan pemantauan pakar,” katanya, dan menasihati mereka yang menghidap penyakit itu mendidik ahli keluarga terdekat mengenai kepentingan menjalani ujian saringan dan seterusnya memelihara keturunan mereka.

Ini kerana katanya talasemia merupakan penyakit genetik, dan penghidap perlu bersikap lebih terbuka khususnya terhadap pasangan masing-masing.

Timbalan Menteri Pendidikan, Muslimin Yahaya yang turut serta dalam pelancaran kempen itu, berkata pada tahun ini, dianggarkan 373,650 pelajar tingkatan empat akan terlibat dalam program saringan talasemia.

“Walaupun program saringan untuk murid sekolah ini kita telah mulakan sejak  2016, serta pelbagai promosi telah dilancarkan seperti pertandingan melukis poster talasemia, hebahan luas kepada ibu bapa masih diperlukan untuk meningkatkan kesedaran mereka bagi membenarkan anak-anak mereka disaring,” katanya.

Ketua Penolong Pengarah Kanan Sektor Kesihatan Sekolah, Kementerian Kesihatan, Dr Don Ismail Mohamed dalam sidang media selepas pelancaran itu berkata pelajar tingkatan empat dipilih kerana mereka tidak mempunyai komitmen peperiksaan besar, manakala dari segi patologi, parameter bacaan darah individu berumur 16 tahun ke atas adalah sama dengan orang dewasa.

“Talasemia boleh dihidapi oleh pelbagai peringkat umur, tetapi untuk sasaran saringan yang lebih efektif, kami memilih saringan awal sebelum mereka menginjak ke alam dewasa dan sebelum berkahwin,” katanya.

Bagaimanapun, Dr Don Ismail berkata saringan talasemia tidak boleh diwajibkan kepada semua pelajar memandangkan ia adalah penyakit berkaitan baka dan perlu mendapatkan kebenaran ibu bapa atau penjaga untuk individu berumur bawah 18 tahun. – BERNAMA

Tags: pelajar sekolahTalasemia
Share197Tweet123SendShare

Related Posts

Kedah Catat 43 Kes Buli, 90 Kes Rogol Babitkan Pelajar Sekolah

Kedah Catat 43 Kes Buli, 90 Kes Rogol Babitkan Pelajar Sekolah

11/01/2026
0

Alor Setar: Sebanyak 43 kes buli direkodkan di Kedah sepanjang 2025, meningkat mendadak berbanding hanya 10 kes pada 2024. Ketua...

Pelajar Perempuan Tingkatan 4 Maut Dipercayai Ditikam Pelajar Lelaki Tingkatan 2

Pelajar Perempuan Tingkatan 4 Maut Dipercayai Ditikam Pelajar Lelaki Tingkatan 2

14/10/2025
0

KUALA LUMPUR: Seorang pelajar perempuan Tingkatan Empat di sebuah sekolah di Bandar Utama, Petaling Jaya, maut selepas dipercayai ditikam seorang...

MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd