• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Wednesday, June 17, 2026
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

“Riuh Umpama Alih Perabot Dalam Rumah Kita” – Hadi

oleh
11/01/2021
dalam Utama & Sensasi
0
Share on FacebookShare on Twitter

ALOR SETAR – PAS kekal dengan pendirian untuk terus mengukuhkan kerajaan Perikatan Nasional (PN) bersama-sama Bersatu sambil memperkasa kerjasama Muafakat Nasional dengan UMNO.

Menyifatkan kerajaan PN masih kukuh, Presidennya Datuk Seri Abdul Hadi Awang berkata kemelut UMNO-Bersatu hanyalah isu dalaman sebuah keluarga yang boleh diselesaikan.

“UMNO parti Melayu, Bersatu parti Melayu dan PAS juga parti Melayu, kita utamakan perpaduan Melayu Islam dahulu dan dalam masa sama menyedari masyarakat majmuk mesti bersatu bersama dengan kita.

“Jadi urusan UMNO, Bersatu dan PAS adalah urusan dalam rumah kita, kadang-kadang orang dengar kita bising-bising itu (sebenarnya) kita nak alih perabot sahaja, insya-Allah akan selesai,” katanya kepada pemberita selepas menghadiri sesi libat urus Duta Khas Perdana Menteri ke Timur Tengah bersama Peladang Kawasan Muda di sini, hari ini.

Mengulas lanjut, Abdul Hadi berkata ketika ini tidak ada sebuah parti yang mampu membentuk kerjasama lain bagi menggantikan PN.

“Semua parti politik tidak boleh tubuh kerajaan, tidak ada parti yang mampu jadi kerajaan, UMNO tidak boleh terima DAP, DAP tidak boleh terima UMNO.

“(Pengerusi Parti Pejuang Tanah Air) Tun Dr Mahathir (Mohamad) tidak boleh terima (Presiden PKR, Datuk Seri) Anwar Ibrahim, Anwar tidak boleh terima Tun Dr Mahathir, maka PN kukuh kerana parti lain tidak mampu tubuh kerajaan,” katanya.

Mengenai pembahagian kerusi bagi menghadapi Pilihan Raya Umum ke-15 (PRU15), Abdul Hadi berkata, perbincangan bersama UMNO dan Bersatu masih belum muktamad walaupun ada pihak mendakwa sebaliknya.

Selagi tarikh PRU15 belum ditentukan, maka perbincangan mengenai pembahagian kerusi akan terus dilakukan bagi disesuaikan mengikut keadaan semasa, katanya, menambah PRU tidak sesuai diadakan dalam masa terdekat berikutan penularan Covid-19 selain bencana banjir yang melanda beberapa negeri sekarang. – BERNAMA

Tags: Abdul Hadi AwangBERSATUPASUMNO
Share198Tweet124SendShare

Related Posts

Hamzah Tubuh Parti Wawasan Negara Jalin Kerjasama Dengan PAS

Hamzah Tubuh Parti Wawasan Negara Jalin Kerjasama Dengan PAS

13/06/2026
0

TANAH MERAH - Bekas Timbalan Presiden Parti Pribumi Bersatu Malaysia (Bersatu), Datuk Seri Hamzah Zainuddin menubuhkan parti baharu dikenali sebagai...

Bersatu Kesal PAS Cuba Rampas PN Yang Diasaskan Muhyiddin

Bersatu Kesal PAS Cuba Rampas PN Yang Diasaskan Muhyiddin

11/06/2026
0

KUALA LUMPUR – Parti Pribumi Bersatu Malaysia (Bersatu) mempersoalkan tindakan PAS yang didakwa berusaha merampas Perikatan Nasional (PN) walaupun gabungan...

MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd