• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Thursday, April 2, 2026
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

Nahas Sriwijaya: Pencarian Kotak Hitam Pesawat Diteruskan

oleh
11/01/2021
dalam Utama & Sensasi
0
Share on FacebookShare on Twitter

JAKARTA – Operasi 24 jam bagi mengesan mangsa korban, bangkai dan kotak hitam pesawat Sriwijaya Air yang terhempas Sabtu lepas di perairan Kepulauan Seribu memasuki hari ketiga hari ini.

Pasukan mencari dan menyelamat (SAR) menemukan lebih banyak serpihan badan dan enjin pesawat manakala setakat 10.30 pagi ini, jumlah keseluruhan  bungkusan berisi cebisan mayat yang dihantar ke Rumah Sakit Polri (Polis Indonesia) di Kramat Jati meningkat kepada 16 bungkusan.

Operasi pencarian itu dilaksanakan selama 24 jam, kecuali pasukan penyelam yang tidak beroperasi pada waktu malam dan hanya kembali beroperasi pagi ini.

Biro Komunikasi dan Informasi Publik, Kementerian Perhubungan dalam kenyataan memaklumkan operasi SAR itu disertai polis, tentera, Badan Nasional Pencarian dan Pertolongan (BASARNAS) serta agensi berkaitan melibatkan penggunaan empat helikopter, dua pesawat udara dan 38 unit kapal yang dilengkapi  peralatan seperti Multibeam Echosounder dan Remotely Operated Vehicle (ROV).

Panglima Tentera Indonesia Hadi Tjahjanto berkata fokus pencarian kini tertumpu untuk mendapatkan kotak hitam pesawat, selepas koordinatnya dikenal pasti berada pada kedalaman 23 meter di perairan Kepulauan Seribu itu.

Sementara itu, Ketua Biro Penerangan Masyarakat Divisi Hubungan Masyarakat, Polis Indonesia, Rusdi Hartono berkata setakat 10.30 pagi ini sebanyak 40 sampel asid deoksiribonukleik (DNA) keluarga penumpang pesawat itu telah diperolehi bagi proses antermotem dan bedah siasat.

Penerbangan pesawat Boeing 737-500 Sriwijaya Air dari Jakarta ke Pontianak yang membawa 62 penumpang termasuk 12 anak kapal itu terputus hubungan selepas berlepas pada 2.36 petang Sabtu, sebelum terhempas di perairan Kepulauan Seribu, Jakarta. – BERNAMA

Tags: Pesawat SJ182Sriwijaya Air
Share196Tweet123SendShare

Related Posts

Perakam Suara Pesawat Sriwijaya Air Akhirnya Ditemui

31/03/2021
0

JAKARTA - Perakam suara kokpit pesawat Boeing 737-500 milik Sriwijaya Air yang terhempas pada 9 Januari lalu ke dalam Laut...

Nahas Sriwijaya: 15 Beg Mayat Dibawa Ke Hospital

11/01/2021
0

JAKARTA - Operasi mencari dan menyelamat, SAR berjaya membawa keluar lapan lagi beg mayat dipercayai penumpang pesawat Sriwijaya Air SJ182 yang...

MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd