• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Thursday, May 14, 2026
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

Apabila Hutan Tak Lagi Jadi Benteng Banjir

oleh
11/01/2021
dalam Utama & Sensasi
0
Share on FacebookShare on Twitter

KUALA LUMPUR – Sampai bila faktor cuaca akan terus menjadi ‘mangsa’ tudingan setiap kali berlaku bencana alam seperti banjir yang sedang dialami beberapa negeri ketika ini.

Walaupun sudah menjadi kelaziman setiap tahun namun arah aliran banjir yang berlaku sejak beberapa tahun kebelakangan ini jauh berbeza. Paras air yang naik mendadak dengan bawaan air bersama lumpur menunjukkan faktor manusia turut menjadi penyumbang kepada penambahan intensiti dan kesan risiko banjir.

Malah di media sosial, ada netizen membuat kesimpulan banjir terutama di Pahang adalah ‘banjir buatan’ kesan daripada tangan manusia yang memusnahkan alam demi pembangunan dan mengaut keuntungan. Isu penerokaan dan penebangan hutan yang tidak terkawal khususnya di Pahang dan Kelantan pula seperti tiada kesudahan.

Tiada yang dapat menafikan peranan hutan sebagai benteng kepada bencana alam seperti banjir, kemarau, tanah runtuh, pencemaran, ribut dan gangguan fizikal lain. Penebangan hutan tidak terkawal di negara ini ternyata memberi impak besar bukan sahaja kepada manusia tetapi juga alam sekitar.

Pensyarah Kanan Jabatan Kesihatan Persekitaran dan Pekerjaan, Fakulti Perubatan dan Sains Kesihatan, Universiti Putra Malaysia (UPM),  Prof Madya Dr  Haliza Abdul Rahman berkata aktiviti pembalakan dan perubahan guna tanah hutan mendatangkan kesan buruk yang boleh mengundang kepada peningkatan kejadian bencana alam.

Hutan, katanya, memainkan peranan yang sangat efektif dalam mengawal masalah banjir dengan menutup permukaan tanah daripada hakisan hujan, menadah serta menyimpan limpahan air hujan.

“Hutan menjadi span semula jadi dalam menyerap air hujan. Ini kerana struktur hutan yang berakar menjalar dan tunjang dengan pelbagai saiz  bertindak sebagai jaringan konkrit semula jadi untuk memegang struktur tanah.

“Apabila peranan ini dilenyapkan tidak hairanlah ketika berlaku hujan lebat, banjir mudah terjadi,” katanya kepada Bernama.

Menurut Haliza lagi, antara fungsi hutan adalah menahan atau mengurangkan had laju air hujan ke sungai dan seterusnya mengawal pergerakan air hujan ke laut.

Justeru, katanya, proses pembangunan tidak terkawal meliputi penyahhutanan akan menyebabkan larian air hujan menjadi lebih cepat, sekali gus mengacau proses semula jadi aliran air dan menyebabkan sesuatu lokasi di hilir akan mendapat air yang banyak secara tidak terkawal hingga menyebabkan banjir.

“Penyahhutanan hutan tanah tinggi yang berleluasa sekarang bukan sahaja membinasakan alam semula jadi  tetapi turut memusnahkan  ‘hutan awan’ yang boleh mengakibatkan kehilangan sumber air kerana tanpa pokok sebahagian besar lembapan di udara akan kekal di tempatnya sehingga proses hujan berlaku,” katanya.

Isu penerokaan hutan bagi tujuan pembangunan bukan baharu berlaku mengambil contoh di Pahang apabila Pusat Pencerapan Bumi mendapati sejak 1989, lebih 20 peratus kawasan hutan di Pahang telah diterokai untuk pembangunan.

Menteri Besar Pahang, Datuk Seri Wan Rosdy Wan Ismail  sebelum ini menyatakan  2,531 hektar hutan simpanan kekal di Pahang diteroka secara haram membabitkan keluasan 0.165 peratus daripada 43 peratus keseluruhan hutan simpan kekal.

Setakat Jun 2019,  terdapat 2.5 juta hektar hutan di Pahang  dengan 1.56 juta hektar daripadanya kawasan hutan rizab simpanan kekal.

Sementara itu, Presiden Pelindung Khazanah Alam (Peka), Puan Sri Shariffa Sabrina Syed Akil meminta pihak berkenaan berhenti menyalahkan fenomena alam termasuk hujan lebat sebagai punca berlakunya banjir besar sehingga mengakibatkan kemusnahan harta benda dan mengorbankan nyawa.

“Ini bukan disebabkan faktor hujan atau cuaca. Selama ini kita memang tahu negara kita mengalami monsun timur laut menjelang hujung tahun… kadangkala dengan taburan hujan yang tinggi, kadangkala sedikit.

“Banjir besar tidak akan berlaku sekiranya kita mempunyai hutan mencukupi untuk bertindak sebagai span yang akan mengawal aliran air, namun yang berlaku kini hutan-hutan digondolkan menyebabkan air hujan terus mengalir bersama selut dan kayu sisa pembalakan,” katanya.

Sehubungan itu, beliau menggesa setiap kerajaan negeri supaya berhenti menjadikan hutan yang ada di negeri masing-masing sebagai mesin pengeluaran wang automatik (ATM) atau jalan pintas untuk mendapatkan wang.

Beliau juga menyarankan supaya pindaan undang-undang dilakukan di Parlimen dengan meletakkan kuasa pentadbiran tanah khususnya di kawasan Banjaran Titiwangsa yang juga sendi kepada Semenanjung Malaysia diletakkan di bawah kerajaan Persekutuan bagi mengelakkan penerokaan hutan keterlaluan.

“Jika kita tidak mahu kemusnahan lebih teruk pada masa akan datang, kita perlu memastikan 50 peratus kawasan di negara ini diliputi hutan, hentikan penerokaan dengan menggunakan alasan penanaman durian musang king, kelapa sawit atau getah kerana ia bukan hutan.

“Selagi pihak berkenaan rakus melakukan penerokaan, selagi itu rakyat akan terus berhadapan risiko bencana seperti banjir ini yang akhirnya mengorbankan nyawa, memusnahkan harta benda dan menimbulkan ancaman penyakit,” katanya. – BERNAMA

Tags: Banjirbencana alamhutan
Share197Tweet123SendShare

Related Posts

Selangor Perlu Akui Pelan Banjir Gagal, Kata PAS

Selangor Perlu Akui Pelan Banjir Gagal, Kata PAS

22/04/2026
0

SHAH ALAM – Kenyataan media terbaharu daripada PAS Selangor mencetuskan perhatian apabila parti itu secara terbuka menggesa kerajaan negeri mengakui...

Lebuhraya PLUS Di Nilai Tenggelam, Ratusan Pengguna Jalan Raya Terpaksa Berbuka Puasa Dalam Kereta

Lebuhraya PLUS Di Nilai Tenggelam, Ratusan Pengguna Jalan Raya Terpaksa Berbuka Puasa Dalam Kereta

06/03/2026
0

NILAI – Ratusan pengguna Lebuhraya Utara-Selatan (PLUS) berdepan detik luar biasa apabila terpaksa berbuka puasa di dalam kenderaan masing-masing selepas...

MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd