• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Thursday, August 13, 2026
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

Lelaki Maut, Ibu Dirawat Terkena Renjatan Elektrik

oleh
06/01/2021
dalam Utama & Sensasi
0
Share on FacebookShare on Twitter

TEMERLOH – Lelaki maut dipercayai mengalami renjatan elektrik selepas menyentuh tiang di depan rumahnya di Kampung Paya Kechik dekat sini, petang semalam.

Isyraf Muhammad, 41, menyentuh tiang besi yang sebahagiannya ditenggelami air akibat banjir di pekarangan rumahnya pada 6.30 petang.

Ketua Polis Daerah Temerloh, Asisten Komisioner Mohd Yusri Othman berkata, siasatan awal mendapati mangsa berdiri di bawah garaj rumahnya untuk meninjau keadaan banjir.

“Mangsa kemudiannya menyentuh tiang besi beranda depan sebelum mengalami renjatan elektrik. 

“Ibu yang berada berhampiran menyedari kejadian menimpa anaknya itu dan bergegas cuba membantunya tetapi dia pula terpelanting ke belakang.

“Saudara mangsa yang kebetulan berada berhampiran kemudiannya mengejarkan mangsa ke Klinik Kesihatan Tanjung Lalang sebelum mangsa disahkan meninggal dunia. 

“Ibu mangsa pula dirujuk dan dirawat di Hospital Sultan Haji Ahmad Shah di sini, tetapi keadaannya stabil,” katanya.

Menurutnya, pihak Tenaga Nasional Berhad (TNB) sudah dimaklumkan mengenai kejadian itu dan akan menyiasat sumber arus yang menyebabkan berlaku renjatan elektrik terbabit. – myMetro Online

Tags: Banjirkemalangan mautrenjatan elektrik
Share197Tweet123SendShare

Related Posts

PMX Anwar Dukacita Tiga Anggota Polis Maut, Arah Siasatan Menyeluruh

PMX Anwar Dukacita Tiga Anggota Polis Maut, Arah Siasatan Menyeluruh

07/08/2026
0

KUALA LUMPUR - Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim melahirkan rasa dukacita terhadap tragedi tiga anggota Polis Diraja Malaysia (PDRM)...

Hampir 900 Ekor Ular Termasuk Tedung Berbisa Terlepas Dari Ladang

Hampir 900 Ekor Ular Termasuk Tedung Berbisa Terlepas Dari Ladang

11/07/2026
0

Oleh Mynewshub  BEIJING – Penduduk sebuah kampung di selatan China berdepan ancaman baharu selepas dianggarkan sehingga 900 ekor ular terlepas...

MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd