• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Thursday, April 2, 2026
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

2 Suspek Kes Tembak Anggota PGA Didakwa

oleh
05/01/2021
dalam Utama & Sensasi
0
Share on FacebookShare on Twitter

KANGAR – Dua petani warga Thailand yang disyaki terbabit dalam kes serangan ke atas dua anggota Pasukan Gerakan Am (PGA) di Padang Besar pada 24 November lalu, didakwa di Mahkamah Sesyen di sini hari ini, atas kesalahan memasuki negara ini tanpa pas sah.

Tertuduh, Dah Wae Hatama, 36, membuat pengakuan bersalah, manakala rakannya, Mahyee Ma-ae, 34, mengaku tidak bersalah sejurus pertuduhan dikemukakan terhadap mereka di hadapan Hakim, Musyiri Peet.

Berdasarkan pertuduhan, Dah Wae didakwa tidak memiliki apa-apa pas sah yang dikeluarkan mengikut undang-undang untuk masuk ke negara ini ketika ditahan di sebuah pondok di Batu 20, Jalan Padang Besar pada jam 8.26 pagi 24 November lalu.

Seorang lagi tertuduh, Mahyee turut didakwa atas kesalahan sama ketika ditahan di sebuah rumah di Batu 22, Jalan Padang Besar pada jam 8 pagi, tarikh yang sama.

Berikutan itu, kedua-dua tertuduh didakwa melanggar Seksyen 6(1)(c) Akta Imigresen 1959/63 yang jika sabit kesalahan boleh didenda maksimum RM10,000 atau penjara lima tahun dan sebatan enam kali.

Pendakwaan dilakukan Timbalan Pendakwa Raya, Mohd Izham Ali, manakala Dah Wae diwakili peguam bela, Syed Mohammad Anwar Syed Lokman Hakim.

Bagaimanapun, Mahyee tidak diwakili peguam bela.

Syed Mohammad Anwar dalam rayuannya meminta mahkamah menjatuhkan hukuman ringan ke atas Dah Wae kerana tertuduh mempunyai tiga tanggungan iaitu isteri dan dua anak berusia lima serta 12 tahun di Thailand.

Mahkamah kemudian menjatuhkan hukuman penjara dua tahun dan tiga sebatan ke atas Dah Wae, selepas Mohd Izham meminta hukuman berat dijatuhkan berikutan kes ini membabitkan kepentingan awam.

Musyiri kemudian menetapkan 1 Februari depan bagi sebutan semula dan serahan dokumen kes membabitkan Mahyee.

Dalam kejadian pada jam 3.10 pagi, 24 November lalu, berdekatan FELDA Mata Ayer, Padang Besar, anggota PGA, Sarjan Baharuddin Ramli, 54, meninggal dunia di lokasi selepas terkena tembakan penyeludup ketum, manakala rakannya, Sarjan Norihan Tari, 39, cedera parah. – BH Online

Tags: Anggota PGAkes seranganWarga Thailand
Share196Tweet123SendShare

Related Posts

Pemandu Van Warga Thailand Didakwa Sebabkan Wanita Maut

Pemandu Van Warga Thailand Didakwa Sebabkan Wanita Maut

08/02/2026
0

JITRA: Pemandu van warga Thailand didakwa di Mahkamah Majistret di sini, hari ini, atas pertuduhan memandu secara berbahaya sehingga menyebabkan...

Saya Nak Jumpa Dia Hidup-hidup

Tiga Anggota PGA Nafi Curi RM85,000 Semasa Gempur ‘Mini Dhaka’

29/12/2023
0

Kuala Lumpur: Tiga anggota Pasukan Gerakan Am (PGA) didakwa di Mahkamah Majistret di sini, hari ini, atas tuduhan mencuri wang...

MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd