• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Saturday, May 2, 2026
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

MetMalaysia Nafi Cuaca Sejuk Seperti London Februari Ini

oleh
05/01/2021
dalam Utama & Sensasi
0
Share on FacebookShare on Twitter

KUALA LUMPUR – Jabatan Meteorologi Malaysia (MetMalaysia) menafikan dakwaan cuaca musim sejuk seperti kota London bakal melanda Malaysia pada Februari nanti.

MetMalaysia dalam kenyataan hari ini memaklumkan, dakwaan yang tular di media sosial dan aplikasi WhatsApp itu adalah maklumat palsu, yang pernah tersebar pada 2016 dan diulang siar.

MetMalaysia turut menjelaskan keadaan cuaca sejuk yang dialami di kebanyakan kawasan di Semenanjung terutamanya Pantai Timur dan Pantai Barat ketika ini, disebabkan keadaan cuaca lembap dan mendung yang berterusan dalam tempoh beberapa hari, akibat luruan angin sejuk yang melanda negara.

“Selain itu, keadaan rantau negara yang berawan dan tiada sinaran matahari secara terus untuk tempoh beberapa hari yang lepas, turut menyumbang kepada berlakunya keadaan cuaca yang lebih sejuk daripada biasa,” menurut kenyataan itu.

Pada 3 Januari lalu, suhu harian minimum terendah yang direkodkan di Terengganu, Pahang dan Johor ialah 21 hingga 22°C dan keadaan itu adalah biasa apabila hujan serta mendung berlaku sepanjang hari.

Justeru orang ramai diingatkan supaya mendapatkan maklumat sahih berkenaan ramalan dan amaran cuaca, melalui laman web rasmi dan laman media sosial rasmi MetMalaysia atau melalui talian hotline 1-300-22-1638 dan aplikasi myCuaca. – BERNAMA

Tags: cuaca sejukLondonMetMalaysia
Share196Tweet123SendShare

Related Posts

Negara Memasuki Fasa Peralihan Monsun Aktif, Cuaca Panas Bakal Reda

Negara Memasuki Fasa Peralihan Monsun Aktif, Cuaca Panas Bakal Reda

12/04/2026
0

KUALA LUMPUR - Negara kini memasuki fasa peralihan monsun aktif dengan Jabatan Meteorologi Malaysia (MetMalaysia) menjangkakan cuaca lebih lembap serta...

Amaran Ribut Petir, Hujan Lebat Di 7 Negeri

Amaran Ribut Petir, Hujan Lebat Di 7 Negeri

17/02/2026
0

SHAH ALAM - Seluruh Perak, Pahang, Selangor, Wilayah Persekutuan (Kuala Lumpur dan Putrajaya), Negeri Sembilan, Melaka dan Johor berdepan amaran...

MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd