• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Tuesday, September 29, 2026
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

UMNO Desak Segerakan PRU15

oleh
dalam Utama & Sensasi
0
Share on FacebookShare on Twitter

BAGAN DATUK – UMNO mendesak agar Pilihan Raya Umum ke-15 (PRU15) diadakan secepat mungkin bagi mengembalikan mandat kepada rakyat untuk memilih kerajaan baharu.

Presidennya, Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi berkata, lebih 30 negara di dunia sudah mengadakan pilihan raya dalam keadaan mereka berdepan penularan Covid-19.

Beliau berkata, prosedur operasi standard (SOP) baharu boleh digunakan bagi melaksanakan PRU15 dalam tempoh berkenaan.

“Kita menunggu agar mandat rakyat segera dikembalikan. Rakyat rindu UMNO dan Barisan Nasional (BN) kembali untuk menjadi kerajaan semula. Kita mempunyai trek rekod dan sejarah panjang memerintah negara. Semua golongan rakyat diberikan kepedulian.

“Saya khuatir bukan sebab takut Covid-19 untuk adakan pilihan raya tetapi takut perkara lain,” katanya ketika menyampaikan ucaptama pada Mesyuarat Perwakilan UMNO Bahagian Bagan Datuk di Dewan Perdana Kompleks UMNO Bahagian Bagan Datuk di sini pada Ahad.

Menjelaskan perkara itu kepada pemberita, Ahmad Zahid berkata, gesaan itu dibuat setelah melihat kedudukan kerajaan yang amat rapuh.

Beliau berkata, keadaan itu menyebabkan negara berada dalam keadaan kerugian apabila tiada Pelaburan Asing Terus (FDI) yang masuk ke negara ini.

“Terdapat pelabur yang menarik pelaburannya ke negara-negara lain. Mereka tentu mencari negara yang stabil politiknya bagi mendapatkan jaminan terhadap pelaburan mereka kerana menganggap kerajaan kita tidak stabil.

“Maka kita mesti menyerahkan semula mandat kepada rakyat untuk menjadikan kerajaan ini stabil. Tentunya ada risiko Covid-19 tetapi tetapi Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) mesti mempunyai cadangan SOP mengikut garis panduan Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM) untuk diikuti oleh para pengundi sepanjang kempen dan pembuangan undi,” katanya.

Sementara itu, Ahmad Zahid turut meminta semua ahli dan pimpinan UMNO di semua peringkat bersedia dengan beranggapan seolah-olah Parlimen akan dibubarkan esok.

Malah, beliau turut mengulangi pendirian UMNO untuk bertanding dengan hanya menggunakan logo sendiri pada PRU15 nanti, selain memaklumkan bahawa Majlis Tertinggi (MT) memutuskan semua kerusi yang dimenangi pada PRU14 adalah hak parti itu. – Sinar Harian

Tags: Ahmad Zahid HamidiPRU15UMNO
Share197Tweet123SendShare

Related Posts

UMNO Kenang Tun Dr Siti Hasmah, Titip Doa Buat Tun Mahathir

UMNO Kenang Tun Dr Siti Hasmah, Titip Doa Buat Tun Mahathir

28/09/2026
0

KUALA LUMPUR – Presiden UMNO, Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi menyifatkan pemergian Allahyarhamah Tun Dr Siti Hasmah Mohamad Ali...

UMNO Seru Umat Islam Pertahan Kesucian, Keselamatan Tanah Haram

UMNO Seru Umat Islam Pertahan Kesucian, Keselamatan Tanah Haram

21/09/2026
0

KUALA LUMPUR - Presiden UMNO, Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi menegaskan Makkah al-Mukarramah dan Madinah al-Munawwarah mesti kekal terpelihara...

MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd