• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Friday, April 3, 2026
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

UMNO Putrajaya Sokong Muhyiddin

oleh
04/01/2021
dalam Utama & Sensasi
0
Share on FacebookShare on Twitter

PUTRAJAYA – UMNO Bahagian Putrajaya membuat ketetapan menyokong kepimpinan Tan Sri Muhyiddin Yassin sebagai Perdana Menteri walaupun terdapat gesaan agar parti itu menolak kerjasama dengan Parti Pribumi Bersatu Malaysia (Bersatu).

Ketuanya, Datuk Seri Tengku Adnan Tengku Mansor berkata, bahagian itu juga meminta semua ahli Parlimen UMNO untuk meneruskan kerjasama dengan Perikatan Nasional (PN).

“Tidak ada kata-kata kononnya jangan sokong kepimpinan Muhyiddin dan sebagainya kerana saya sendiri tahu bahawa kita yang minta Muhyiddin jadi Perdana Menteri dan UMNO sepatutnya mendokong kerana telah menubuhkan kerajaan bersama Muhyiddin.

“Saya amat hairan yang menyuarakan masalah-masalah ini (tidak sokong) adalah orang-orang yang kalah bukan yang menang (pilihan raya). Jadi saya harap jangan keruhkan situasi,” katanya pada sidang akhbar selepas mesyuarat UMNO Bahagian Putrajaya di sini pada Ahad.

Beliau berkata, bahagian itu juga kekal dengan ketetapan menolak kerjasama dengan Presiden Parti Keadilan Rakyat (PKR), Datuk Seri Anwar Ibrahim, DAP dan bekas Perdana Menteri, Tun Dr Mahathir Mohamad seperti yang diputuskan Majlis Kerja Tertinggi UMNO sebelum ini.

Ketika diminta mengulas kenyataan Presiden UMNO, Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi pada Ahad bahawa 143 daripada 191 bahagian parti itu menolak kerjasama dengan Bersatu, Tengku Adnan berkata, bahagian terbabit mungkin mengalami sedikit pergeseran yang boleh diperbaiki.

“Presiden sebut oleh kerana akar umbi telah sebut tetapi saya berkeyakinan jika Presiden dan Majlis Tertinggi duduk bersama-sama dengan biro politik, kita boleh perbaiki keadaan untuk beri satu kesinambungan kerana saya berharap Bersatu dan UMNO satu hari nanti bercantum balik,” katanya.

Terdahulu, dalam ucapannya semasa mesyuarat itu, Tengku Adnan yang juga Ahli Parlimen Putrajaya berkata, beliau merupakan antara individu yang terlibat menjatuhkan kerajaan Pakatan Harapan (PH) dan meminta Muhyiddin menerajui kerajaan.

“Ini kerana saya tahu apa yang kita lakukan adalah demi agama, bangsa dan negara dan yang penting agama Islam dan Orang Melayu. Itu kepentingan kita untuk kebaikan agama, bangsa dan agama,” katanya.

Mengenai desas-desus bahawa Datuk Seri Hishammuddin Tun Hussein akan meninggalkan UMNO, Tengku Adnan berkata, beliau percaya Bendahari Agung Barisan Nasional (BN) itu seorang yang rasional dan akan terus bersama dengan UMNO.

“Jangan kita ada syak wasangka kerana macam-macam yang ditulis (di media sosial). Ini durjana yang paling besar, kadang-kadang saya tak baca pun,” katanya. – BERNAMA

Tags: Muhyiddin Yassinperikatan nasionalUMNO Putrajaya
Share196Tweet123SendShare

Related Posts

Harga Diesel Negara Jiran Kini Lebih Rendah Berbanding Malaysia – Takiyuddin

Harga Diesel Negara Jiran Kini Lebih Rendah Berbanding Malaysia – Takiyuddin

02/04/2026
0

KUALA LUMPUR - Harga diesel di negara jiran iaitu Thailand, Indonesia dan Vietnam kini lebih rendah berbanding Malaysia yang merupakan...

Rombakan PN: Muhyiddin, Azmin ‘Turun Pangkat’

Rombakan PN: Muhyiddin, Azmin ‘Turun Pangkat’

14/03/2026
0

Oleh Mynewshub KUALA LUMPUR - Rombakan baharu kepimpinan Majlis Tertinggi Perikatan Nasional (PN) menyaksikan beberapa tokoh besar parti Bersatu ‘turun...

MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd