• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Thursday, April 2, 2026
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

3 Negeri, 5 Daerah Dilanjutkan PKPB

oleh
28/12/2020
dalam Utama & Sensasi
0
Share on FacebookShare on Twitter

KUALA LUMPUR – Perintah Kawalan Pergerakan Bersyarat (PKPB) di Selangor, Kuala Lumpur, Sabah, beberapa daerah di Negeri Sembilan, Johor dan Pulau Pinang dilanjutkan bermula 1 Januari sehingga 14 Januari depan.

Menteri Kanan (Keselamatan), Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob berkata, masyuarat hari ini juga memutuskan, kerajaan atas nasihat Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM) bersetuju untuk menamatkan PKPB yang dikenakan di daerah Ipoh, Chemor dan Mukim Ulu Kinta di Perak, daerah Port Dickson, Negeri Sembilan dan daerah Kulai di Johor bermula hari ini.

“PKPB ini dilanjutkan di negeri berkenaan dan daerah Seremban di Negeri Sembilan, daerah Johor Bharu dan Batu Pahat di Johor, Mukim 12 di Barat Daya dan Mukim 13 di Barat Laut, Pulau Pinang susulan kes yang dicatatkan menunjukkan peningkatan dan jumlah yang tinggi.

“Di Selangor kini semua daerah adalah dikategorikan sebagai Zon Merah termasuk Sabak Bernam yang sebelum ini adalah Zon Hijau.

“Susulan itu kerajaan memutuskan untuk melanjutkan PKPB di semua negeri dan kawasan itu,” katanya ketika sidang media, hari ini.

Ismail Sabri berkata, lima daerah yang ditamatkan PKPB menunjukkan trend penurunan dalam tempoh 14 hari lalu iaitu dari 14 Disember sehingga 27 Disember.

“Kerajaan atas nasihat KKM memutuskan untuk menamatkan PKPB di kawasan berkenaan bermula hari ini.

“Kita juga ingin menasihatkan kepada rakyat supaya tidak menyalahguna kelonggaran yang diberikan. Patuhilah prosedur operasi standard (SOP) yang ditetapkan,” katanya. – myMetro Online

Tags: Covid-19perintah kawalan pergerakan bersyarat
Share196Tweet123SendShare

Related Posts

Covid-19 : Subvarian JN.1 Tidak Bahaya

Covid-19 : Subvarian JN.1 Tidak Bahaya

12/06/2025
0

Putrajaya: Masyarakat tidak perlu bimbang dengan penularan subvarian baharu Covid-19, JN.1, kerana ia tidak berbahaya berbanding varian pada awal kemunculan...

Perancis Kesan Varian Covid-19 Terbaharu Buat Kali Pertama

Perancis Kesan Varian Covid-19 Terbaharu Buat Kali Pertama

24/05/2025
0

ISTANBUL - Perancis mengesan empat kes melibatkan varian baharu Covid-19 dikenali sebagai NB.1.8.1 buat kali pertama, lapor Anadolu Ajansi. Empat...

MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd