• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Sunday, May 17, 2026
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

Rais Tegur Sikap Ahli Dewan Negara ‘Menghilang’

oleh
28/12/2020
dalam Utama & Sensasi
0
Share on FacebookShare on Twitter

KUALA LUMPUR – Yang Dipertua Dewan Negara, Tan Sri Dr Rais Yatim pada Isnin menegur sikap sesetengah Ahli Dewan Negara yang didapati ‘menghilang’ selepas menandakan kehadiran mereka.

Rais berkata kehadiran di Dewan Negara penting bukan hanya pada sesi perbahasan sahaja, tetapi juga pada sesi lain bagi membolehkan isu dan soal kepentingan rakyat dibincangkan serta dibela.

“Telah dibawa ke pengetahuan saya bahawa sebahagian daripada Yang Berhormat (YB) selepas menekan butang dalam dewan ini bagi menandakan kehadiran, mereka tidak lagi dilihat pada hari berkenaan dan amalan ini selepas diteliti harus ditiadakan di dewan ini.

“Kita telah bersumpah akan menumpahkan taat setia serta mempertahankan Perlembagaan, untuk itu kehadiran di dewan ini hendaklah seperti tuntutan semangat itu,” katanya semasa ucapan alu-aluan pelantikan selepas majlis mengangkat sumpah Ketua Dewan Pemuda PAS Pusat, Khairil Nizam Khirudin sebagai senator baharu.

Terdahulu, Khairil Nizam, 41, yang merupakan lantikan baharu Yang di-Pertuan Agong mengangkat sumpah di hadapan Rais.

Rais berharap Khairil Nizam akan menggunakan kepakaran dan pengalamannya sebagai golongan profesional untuk memberi nilai tambah kepada Dewan Negara.

Katanya, kepakaran dan pengalaman itu bukan sahaja boleh digunakan ketika sesi persidangan dewan, tetapi juga meliputi semua aspek bersesuaian dengan kedudukan Dewan Negara selaku badan legislatif tertinggi negara.

‘’Sebagai Ahli Dewan Negara, tanggungjawab perlu dilunaskan sebaik mungkin kerana Dewan Negara merupakan rentas parti dan ahli perlu menzahirkan khidmat bakti menerusi dewan yang mulia ini,” katanya. – BERNAMA

Tags: Ahli Dewan Negarayang berhormat
Share196Tweet123SendShare

Related Posts

Naib Pengerusi DAP Johor Sheikh Umar Dilantik Sebagai Ahli Dewan Negara, Detik Penting Buat DAP – Teo Nie Ching

Naib Pengerusi DAP Johor Sheikh Umar Dilantik Sebagai Ahli Dewan Negara, Detik Penting Buat DAP – Teo Nie Ching

11/05/2026
0

KUALA LUMPUR - Ahli Jawatankuasa Tertinggi Pusat (CEC) DAP yang juga Naib Pengerusi DAP Johor, Sheikh Umar antara enam individu...

Pelancongan Mesra Maksiat Demi Ekonomi Adalah Haram – Nik Abduh

Pelancongan Mesra Maksiat Demi Ekonomi Adalah Haram – Nik Abduh

06/05/2026
0

KUALA LUMPUR - Menawarkan pelancongan mesra maksiat adalah haram di sisi agama walaupun dengan alasan merancakkan ekonomi negara. Ahli Dewan...

MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd