TULAR berita kemalangan yang melibatkan Menteri Sains, Teknologi dan Inovasi, YB Khairy Jamaluddin Abu Bakar semalam.
Beliau mengalami luka dan tidak serius selepas terjatuh apabila basikalnya terlanggar lubang di sebuah lokasi yang tidak dinyatakan.

Saya beranggapan kemalangan tersebut berlaku dalam kawasan Kuala Langat kerana Jabatan Kerja Raya Kuala Langat (JKR) tampil membuat permohononan maaf kerana insiden tersebut.
Menjadi tanda tanya mengapa harus berlaku ‘double standard’ keatas kemalangan kecil yang melibatkan menteri ini?
JKR Kuala Langat juga seharusnya bersikap adil untuk turut sama meminta maaf kepada pengguna jalanraya lain yang juga pernah teribat kemalangan malah ada yang meninggal dunia akibat kecuaian mereka. Masih banyak ‘spot’ kerosakan di sekitar jalan seliaan mereka dan apakah rasa ingin meminta maaf hadir hanya ketika kemalangan melibatkan menteri sahaja?
Saya ingin menegaskan bahawa tidak perlu ada ‘double standard’ kepada mana-mana menteri yang terlibat kemalangan dijalanraya kerana mereka mendapat keistimewaan pengecualian cukai jalan, sebaliknya rakyat marhaen ini adalah pembayar cukai jalan setiap tahun dan berdiam diri bila kemalangan menimpa mereka.
Janganlah bersikap seperti pahat dan penukul, diketuk baru hendak jalan kerja. Lebih malang lagi diketuk berkali-kali masih tak jalan kerja.
Mohd Shah Rezza Bin Mohd Tuniman
Ketua Angkatan Muda Keadilan Kuala Langat

