• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Tuesday, May 19, 2026
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

5 Kluster Baharu Covid-19 Dikesan

oleh
23/12/2020
dalam Utama & Sensasi
0
Share on FacebookShare on Twitter

KUALA LUMPUR – Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM) mengenal pasti lima kluster baharu yang dilaporkan di Kuala Lumpur, Selangor, Sabah, Kedah, Pahang dan Perak, hari ini.

Ketua Pengarah Kesihatan, Tan Sri Dr Noor Hisham Abdullah berkata, kluster baharu pertama dikenal pasti adalah Kluster Tapak Bina Jalan Panah yang dilaporkan di sebuah tapak binaan di Lembah Pantai, Kuala Lumpur.

“Kes-kes bagi kluster ini dilaporkan positif Covid-19 pada 7 Disember lalu melalui saringan bersasar di tempat kerja membabitkan 21 kes positif. 

“Kluster kedua dikenal pasti adalah Kluster Menara Wang yang dilaporkan di Lembah Pantai, Cheras dan Titiwangsa, Kuala Lumpur serta Petaling, Klang, Sepang, Hulu Langat di Selangor selain Maran dan Kuantan Pahang membabitkan 23 kes positif,” katanya pada sidang media di Putrajaya, hari ini. 

Dr Noor Hisham berkata, satu lagi kluster dikenal pasti adalah Kluster Saga Tengah Residen yang dilaporkan di Tenom dan Keningau, Sabah dengan 16 kes dikesan positif. 

“Kluster keempat dikenal pasti adalah Kluster Kolam Air yang dilaporkan di Kota Setar dan Kubang Pasu, Kedah, membabitkan 14 kes dikesan positif. 

“Kluster kelima yang dikesan adalah Kluster Hala Mutiara yang dilaporkan di Kinta, Perak dengan tujuh kes dikesan positif,” katanya.

Beliau berkata, sebanyak 464 kluster dilaporkan sehingga kini dengan 256 kluster dilaporkan tamat, setakat hari ini. 

“Tiga kluster yang tamat hari ini adalah Kluster Kiambang, Kluster Padang dan Kluster Liawan. Ini menjadikan jumlah kluster aktif yang dipantau adalah 208 kluster.

“Daripada jumlah itu, sebanyak 43 kluster melaporkan pertambahan kes, hari ini. Kluster-kluster yang melaporkan pertambahan kes baharu tertinggi adalah Kluster Tapak Bina Muda (162 kes), Kluster Penjara Jalan Harapan (123 kes) dan Kluster Teratai (79 kes),” katanya. – myMetro Online

Tags: Covid-19CPRCKKMkluster
Share197Tweet123SendShare

Related Posts

Kad Rekod Pemantauan Pesakit Denggi Dalam Bahasa Cina Untuk Bantu Komunikasi – KKM

Kad Rekod Pemantauan Pesakit Denggi Dalam Bahasa Cina Untuk Bantu Komunikasi – KKM

19/05/2026
0

KUALA LUMPUR – Kad Rekod Pemantauan Pesakit Denggi dalam bahasa Cina di Klinik Kesihatan Setapak merupakan inisiatif sokongan komunikasi kepada...

KKM Semak Dakwaan Kad Laporan Kesihatan Guna Bahasa Cina

KKM Semak Dakwaan Kad Laporan Kesihatan Guna Bahasa Cina

19/05/2026
0

KUALA LUMPUR - Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM) sedang menyemak dakwaan kad laporan kesihatan oleh sebuah klinik kesihatan kerajaan menggunakan bahasa...

MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd