• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Wednesday, April 22, 2026
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

SPR Akur PRK Parlimen Gerik, DUN Bugaya Ditangguh

oleh
16/12/2020
dalam Utama & Sensasi
0
Share on FacebookShare on Twitter

PUTRAJAYA – Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) akur dengan pengisytiharan Proklamasi Darurat berhubung Pilihan Raya Kecil (PRK) Parlimen Gerik, Perak dan Dewan Undangan Negeri (DUN) Bugaya, Sabah.

Pengerusinya, Datuk Abdul Ghani Salleh berkata, pengisytiharan Proklamasi Darurat berdasarkan Fasal (1) Perkara 150 Perlembagaan Persekutuan itu membolehkan suatu ordinan dimasyhurkan di bawah Fasal (2B) Perkara 150 untuk membatalkan tarikh yang telah ditetapkan bagi menjalankan PRK untuk Parlimen Gerik dan DUN Bugaya, selepas diperkenankan oleh Yang di-Pertuan Agong, Al-Sultan Abdullah Ri’ayatuddin Al-Mustafa Billah Shah.

“Sehubungan dengan pengisytiharan ini juga, apa-apa prosiding yang telah bermula bagi maksud perjalanan PRK Parlimen P.054 Gerik dan DUN N.66 Bugaya tidak akan diteruskan dan satu tarikh yang lain akan ditetapkan untuk PRK tersebut,” katanya dalam kenyataan hari ini.

SPR sebelum ini menetapkan kedua-dua PRK itu diadakan serentak pada 16 Januari depan berikutan kematian kedua-dua penyandang kerusi berkenaan. Tarikh penamaan calon pula ditetapkan pada 4 Januari, manakala 12 Januari sebagai tarikh mengundi awal.

Perdana Menteri, Tan Sri Muhyiddin Yassin dalam kenyataan hari ini berkata, Seri Paduka telah berkenan untuk mengisytiharkan darurat bagi kedua-dua PRK tersebut setelah berpuas hati dengan penjelasan beliau yang menyembah maklum nasihat jemaah menteri bahawa adanya keperluan pengisytiharan Proklamasi Darurat berdasarkan Fasal (1) Perkara 150 Perlembagaan Persekutuan.

Muhyiddin berkata, jemaah menteri pada 4 Disember lalu telah membincangkan secara terperinci akan kesan PRK Gerik dan Bugaya jika diadakan pada masa pandemik Covid-19 masih menular di negara ini.

PRK Gerik perlu diadakan berikutan kematian Datuk Hasbullah Osman pada 16 November lepas kerana sakit jantung,, manakala PRK DUN Bugaya berikutan kematian Datin Manis Muka Mohd Darah pada 17 November kerana komplikasi penyakit buah pinggang.

Pada 18 November lalu, Yang di-Pertuan Agong mengisytiharkan Proklamasi Darurat di Parlimen P.185 Batu Sapi, Sabah, sekali gus membatalkan PRK kerusi itu sebagai langkah proaktif untuk membendung pandemik Covid-19.

PRK Batu Sapi perlu diadakan susulan kematian penyandangnya, Datuk Liew Vui Keong pada 2 Oktober akibat jangkitan paru-paru dan SPR sebelum ini menetapkan hari penamaan calon bagi PRK Batu Sapi pada 23 November, hari pengundian pada 5 Disember dan pengundian awal pada 1 Disember. – BERNAMA

Tags: daruratDUN BugayaParlimen GerikPilihan Raya KecilSPR
Share197Tweet123SendShare

Related Posts

‘Jika Darurat Tak Sesuai, Tunggu  Keadaan Global Stabil Sebelum Adakan PRN’

‘Jika Darurat Tak Sesuai, Tunggu Keadaan Global Stabil Sebelum Adakan PRN’

15/04/2026
0

KUALA LUMPUR - Ahli Parlimen DAP Kota Melaka, Khoo Poay Tiong menegaskan cadangan mengisytiharkan darurat supaya Pilihan Raya Negeri (PRN)...

Ahli Parlimen DAP Cadang Isytihar Darurat Tangguh PRN ‘Bodoh’ – Akmal Saleh

Ahli Parlimen DAP Cadang Isytihar Darurat Tangguh PRN ‘Bodoh’ – Akmal Saleh

15/04/2026
0

KUALA LUMPUR – Ketua Pemuda UMNO, Datuk Dr. Muhamad Akmal Saleh membidas Ahli Parlimen DAP Kota Melaka, Khoo Poay Tiong...

MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd