• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Thursday, April 2, 2026
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

Jururawat HUSM Meninggal Dunia Akibat Covid-19

oleh
16/12/2020
dalam Utama & Sensasi
0
Share on FacebookShare on Twitter

KOTA BHARU – Seorang jururawat wanita di Hospital Universiti Sains Malaysia (HUSM), Kubang Kerian, meninggal dunia malam tadi dipercayai akibat Covid-19.

Kematian itu menjadikan mangsa berusia 52 tahun adalah korban keenam Covid-19 di Kelantan.

Keluarga mangsa yang enggan dikenali berkata, mangsa meninggal dunia jam 10.15 malam tadi di Hospital Raja Perempuan Zainab II (HRPZ).

“Arwah mempunyai dua orang anak dimasukkan ke hospital sejak 7 Disember lalu sebelum disahkan positif Covid-19.

“Arwah adalah seorang ketua jururawat di Unit Rawatan Rapi Pembedahan HUSM. Kami sekeluarga reda dengan kematiannya.

“Suami dan anak-anak arwah juga masih dikuarantin,” katanya ketika ditemui di Tanah Perkuburan Islam Kampung Nilam Baru, hari ini.

Jenazah dikebumikan jam 11 pagi.

Seramai 20 orang terdiri yang hadir di tanah perkuburan itu termasuk daripada Pasukan Khas Bahan Kimia Berbahaya (HAZMAT) Jabatan Bomba dan Penyelamat Kelantan, kakitangan Jabatan Kesihatan Negeri serta beberapa anggota keluarga.

Sementara itu, Pengarah Jabatan Kesihatan Negeri, Datuk Dr Zaini Hussin, ketika dihubungi memaklumkan perkara itu masih dalam siasatan pihaknya dan akan mengeluarkan kenyataan rasmi sebaik siasatan selesai. – myMetro Online

Tags: Covid-19HUSMjururawatmeninggal dunia
Share197Tweet123SendShare

Related Posts

Kematian Dicemburi, Warga Emas Meninggal Dunia Ketika Dalam Sujud Di Surau

Kematian Dicemburi, Warga Emas Meninggal Dunia Ketika Dalam Sujud Di Surau

23/03/2026
0

Oleh Mynewshub SUNGAI PETANI – Seorang lelaki warga emas meninggal dunia dalam keadaan sujud ketika menunaikan solat sunat di Surau...

Chuck Norris Meninggal Dunia Pada Usia 86 Tahun

Chuck Norris Meninggal Dunia Pada Usia 86 Tahun

21/03/2026
0

HOLLYWOOD, 21 Mac 2026 – Dunia hiburan antarabangsa dikejutkan dengan berita pemergian legenda seni mempertahankan diri dan pelakon terkenal, Chuck...

MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd