• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Thursday, April 2, 2026
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

Ucapan Istimewa Tengku Permaisuri Selangor Buat Sultan Sharafuddin

oleh
11/12/2020
dalam Utama & Sensasi
0
Share on FacebookShare on Twitter

SHAH ALAM – Tengku Permaisuri Selangor, Tengku Permaisuri Norashikin menitipkan titah ucapan istimewa sempena sambutan ulang tahun Hari Keputeraan Sultan Selangor, Sultan Sharafuddin Idris Shah yang ke-75, hari ini.

Ucapan yang dimuat naik di laman sosial peribadi Tengku Permaisuri Norashikin diperkenan baginda untuk dikongsi di Facebook Selangor Royal Office.

Baginda juga berkenan untuk dikongsi bersama rakyat khas sempena hari istimewa tersebut.

“Ampun Tuanku, patik merafak sembah merakamkan ucapan setinggi-tinggi tahniah sempena Hari Ulang Tahun Keputeraan Tuanku yang ke-75.

“Tahun ini berbeza dengan tahun sebelumnya kerana tiada sambutan diadakan pada hari istimewa Tuanku,” titah baginda.

Titahnya, Sultan Sharafuddin sentiasa memberi keutamaan kepada risiko yang dihadapi rakyat sejak bermulanya wabak Covid-19.

Tengku Permaisuri Norashikin bertitah, keprihatinan Sultan Sharafuddin terhadap rakyat telah menyentuh banyak hati.

“Ingatan dan sokongan berterusan Tuanku kepada barisan hadapan dan pihak berkuasa menunjukkan bahawa Tuanku benar-benar peduli dan menghargai setiap jiwa.

“Tuanku sering mengatakan itu merupakan ‘wake-up call’ supaya kita sentiasa bersyukur, hidup sederhana, saling mendoakan dan yang paling penting tetap bersatu,” titahnya.

Tengku Permaisuri Norashikin bertitah, jika ramai dapat menyaksikan bagaimana Sultan Sharafudin akan panik ketika melihat statistik harian terutama jika kes (Covid-19) meningkat di Selangor.

“Soalan biasa Tuanku kepada saya setiap hari pada jam 6.30 petang adalah ‘hari ni Selangor berapa ramai’.

“Jadi kepada rakyat Selangor dan semua penduduk negara ini, ketahuilah bahawa anda semua dalam doa Tuanku selalu,” titahnya.

Sebagai penghormatan kepada hari istimewa hari ini, Tengku Permaisuri Norashikin bertitah akan terus mendoakan semoga ALLAH SWT melanjutkan usia Sultan Sharafuddin dalam keafiatan dan sentiasa berada dalam lindunganNya.

“Semoga Tuanku hidup dengan penuh kebahagiaan, dikurniakan segala taufik dan hidayah, semoga dapat memerintah Negeri Selangor dengan adil dan saksama. Amin ya rabbal alamin,” titahnya lagi. – Sinar Harian

Tags: hari keputeraan sultan selangorSultan Sharafuddin Idris ShahTengku Permaisuri Norashikin
Share196Tweet123SendShare

Related Posts

Mesyuarat Majlis Raja-Raja Ke-261 Bermula Hari Ini

Mesyuarat Majlis Raja-Raja Ke-261 Bermula Hari Ini

22/02/2023
0

PETALING JAYA: Mesyuarat Majlis Raja-Raja ke-261 bermula di Istana Negara hari ini dengan dipengerusikan Sultan Selangor, Sultan Sharafuddin Idris Shah....

PM Ucap Tahniah Sempena Hari Keputeraan Sultan Selangor

PM Ucap Tahniah Sempena Hari Keputeraan Sultan Selangor

11/12/2022
2

Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim merafak sembah ucapan tahniah sempena ulang tahun Hari Keputeraan ke-77 Sultan Selangor Sultan Sharafuddin...

MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd