• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Wednesday, May 20, 2026
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

Akhirnya Baru Ada Masjid Nama Presiden Singapura

oleh
10/02/2017
dalam Hangat, Politik
0
Share on FacebookShare on Twitter

SINGAPURA – Setelah hampir 50 tahun mencapai kemerdekaan dengan berpisah daripada Persekutuan Malaysia, akhirnya baharulah ada sebuah masjid yang bakal dibina dengan nama bersempena presiden pertama republik itu, Tun Yusof Ishak.

Detik bersejarah itu berlangsung penuh meriah dengan upacara pecah tanah dan majlis penetapan arah kiblat yang perasmiannya disempurnakan Menteri Bertanggungjawab bagi Ehwal Masyarakat Islam, Dr. Yaacob Ibrahim, pagi Sabtu.

Turut hadir pada acara projek pembinaan Masjid Yusof Ishak bernilai S$17.5 juta (RM46.8 juta) itu ialah Mufti Negara Singapura, Dr. Mohamed Fatris Bakaram dan sudah pastinya balu pemimpin tersebut sendiri, Toh Puan Noor Aishah Md. Salim.

yusok-ishak-data

Menteri Pembangunan Negara yang juga anggota parlimen kawasan GRC Sembawang, Khaw Boon Wan dan Setiausaha Parlimen Kanan bagi Kementerian Pendidikan merangkap Kementerian Tenaga Manusia, Hawazi Daipi juga hadir.

Terletak di Woodland Drive 17, masjid yang ke-26 dibiayai secara langsung di bawah Dana Pembinaan Masjid Yayasan Mendaki itu dijangka siap pada akhir tahun depan serta mampu memuatkan sehingga 4,500 jemaah dalam satu-satu masa.

Hawazi ketika ditemui pemberita berkata, dengan pembinaan Masjid Yusof Ishak, penduduk Muslim di sekitar Woodlands akan dapat beribadah lebih selesa tanpa perlu lagi bersesak di Masjid An-Nur yang sudah melebihi kapasiti ideal.

Makam Tun Yusof Ishak di Tanah Perkuburan Negara Kranji, Singapura. – Gambar hiasan

Tun Yusof yang dilahirkan di Padang Gajah, Taiping, Perak pada 1910 dan meninggal dunia pada 1970, merupakan gabenor Singapura dari 1959 sebelum menjadi presiden pertama Singapura selepas pulau itu merdeka dari 1965 sehingga 1970.

Allahyarham yang aktif dalam dunia kewartawanan sejak 1932 menerusi akhbar terkemuka Singapura ketika itu, Warta Malaya; kemudian meletak jawatan untuk menjadi pengasas syarikat persuratkhabaran Utusan Melayu pada 1938.

Menerima Darjah Kerabat Yang Amat Dihormati Kelas Pertama daripada Sultan Brunei pada 1960, Tun Yusof turut dianugerahkan Seri Maharaja Mangku Negara oleh Yang di-Pertuan Agong Malaysia pada 1963 yang membawa gelaran Tun.

Lee Hsien Loong (kanan) beramah mesra dengan Noor Aishah Md Salim pada majlis pengkisahan sejarah awal Singapura baru-baru ini. – Gambar hiasan

Pihak berkuasa monetari Singapura turut menghargai jasa Tun Yusof dengan mengabadikan wajah beliau sebagai potret rasmi baharu muka hadapan siri ke-4 semua denominasi mata wang kertas dollar republik itu sejak 1999 sehingga kini.

Pada 2014 lalu, Perdana Menteri Singapura, Lee Hsien Loong mengumumkan idea pembinaan Masjid Yusof Ishak sebagai penghormatan ke atas allahyarham sempena sambutan jubli emas kemerdekaan republik tersebut pada 2015.

Pemerintah Singapura turut menamakan semula Institut Pengajian Asia Tenggara (ISEAS) dengan ada tambahan nama beliau dan bakal mewujudkan Kursi Prof. Yusof Ishak bagi pengajian Sains Sosial di Universiti Nasional Singapura. – Agensi/Mynewshub.cc/HAA

Tags: Lee Hsien LoongmasjidpresidenSingapuraWoodlands
Share197Tweet123SendShare

Related Posts

Universiti Swasta Jadi Rakan Strategik Negara –  PPUSM

Universiti Swasta Jadi Rakan Strategik Negara – PPUSM

17/05/2026
0

KUALA LUMPUR - Universiti swasta kini menjadi rakan strategik negara dalam menghasilkan penyelidikan berimpak tinggi, melahirkan graduan masa hadapan dan...

KJ Ucap Terima Kasih kepada Zahid, Telah Lalui Fasa Muhasabah dan Perbaiki Diri

KJ Ucap Terima Kasih kepada Zahid, Telah Lalui Fasa Muhasabah dan Perbaiki Diri

18/04/2026
0

KUALA LUMPUR – Bekas Ketua Pemuda UMNO, Khairy Jamaluddin merakamkan penghargaan kepada Presiden UMNO, Datuk Seri Dr. Ahmad Zahid Hamidi...

MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd