• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Thursday, April 2, 2026
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

Raub Mula Banjir, Kelantan, Terengganu Terus Terjejas

oleh
04/12/2020
dalam Utama & Sensasi
0
Share on FacebookShare on Twitter

KUALA LUMPUR – Banjir di Terengganu dan Kelantan terus merekodkan peningkatan jumlah mangsa berbanding semalam, sementara Raub menjadi daerah pertama di Pahang dilanda bencana itu pada musim tengkujuh tahun ini.

Jumlah mangsa banjir terus meningkat di Terengganu kepada  2,802 orang daripada 781 keluarga setakat 8 pagi ini berbanding 1,817 orang daripada 503 keluarga pada 10 malam tadi.

Ketua Sekretariat Jawatankuasa Pengurusan Bencana Negeri Terengganu Leftenan Kolonel (PA) Che Adam A Rahman berkata Pusat Pemindahan Sementara (PPS) terbanyak ketika ini adalah di Setiu iaitu 23 diikuti Besut (19), Dungun (10), Marang (sembilan), Kuala Nerus (enam), Kuala Terengganu (lima), Kemaman (tiga) dan Hulu Terengganu (satu).

Menurutnya, jumlah mangsa paling ramai adalah di Marang iaitu 778 orang daripada 204 keluarga berbanding 681 mangsa daripada 181 keluarga, susulan pembukaan dua lagi PPS menjadikan keseluruhan sembilan PPS beroperasi di daerah itu.

Sementara itu, data Jabatan Pengairan dan Saliran (JPS) pula menunjukkan paras dua sungai telah melebihi paras bahaya iaitu Sungai Marang di Pengkalan Berangan setinggi 2.83 meter (paras bahaya 2.7m) dan Sungai Nerus di Kampung Langkap, Setiu iaitu 21.50m (paras bahaya 21m).

Di KELANTAN, jumlah mangsa banjir di dua jajahan di negeri itu terus meningkat kepada 283 orang setakat 8 pagi ini, berbanding 120 mangsa semalam dengan kesemua mangsa daripada 75 keluarga terbabit ditempatkan di sembilan PPS melibatkan Kota Bharu dan Pasir Puteh.

Menurut Info Bencana Jabatan Kebajikan Masyarakat (JKM),  tiga PPS di Kota Bharu dibuka iaitu Sekolah Kebangsaan (SK) Melor dengan 23 mangsa, SK Tiong (49) dan Islamic Outreach Abim Kok Lanas (11).

Pada masa sama, Pasir Puteh mencatatkan jumlah mangsa tertinggi setakat ini iaitu sebanyak enam PPS dibuka iaitu Dewan Kompleks Kamil yang menempatkan 67 mangsa, SK Changgai (17) dan SK Bukit Jawa 2 (37), SK Kamil 3 (25), SK Sungai Petai (23) SK Wakaf Raja (31).

Dalam pada itu, menurut laman sesawang JPS (publicinfobanjir.water.gov.my) setakat 8 pagi ini menunjukkan Sungai Golok di Rantau Panjang melepasi paras amaran iaitu pada bacaan 8.98m (amaran 8m) dengan trend menaik dan menghampiri bahaya 9m, sementara bacaan Sungai Golok di Jenob Tanah Merah menunjukkan bacaan 22.22m iaitu melepasi paras waspada (21.5m) dengan trend menaik.

Di PAHANG, Raub menjadi daerah pertama dilanda banjir musim tengkujuh di Pahang tahun ini, apabila 55 mangsa daripada 19 keluarga dipindahkan ke PPS, awal pagi ini.

Ketua Zon Tiga Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia (JBPM) Pahang Sharulnizam Nasir berkata hujan berterusan sejak 6 petang semalam, menyebabkan kawasan rendah di empat kampung di daerah itu dinaiki air mulai 12.30 tengah malam.

Shahrulnizam berkata setakat ini, pihaknya tidak menerima sebarang makluman berkaitan kejadian tidak diingini akibat banjir dan akan terus berwaspada memandangkan cuaca masih hujan renyai dan mendung. 

Sementara itu, portal info bencana (JKM) melaporkan empat PPS dibuka iaitu Balai UMNO Batu Talam yang menempatkan enam mangsa daripada empat keluarga, Masjid Kampung Kuala Semantan (19 mangsa, enam keluarga), Balai Raya Kampung Ulu Sungai (20 mangsa, enam keluarga) dan Sekolah Kebangsaan Tersang (10 mangsa, tiga keluarga).

Di PERAK, hanya PPS di Sekolah Kebangsaan Changkat Lobak, Bagan Serai dalam daerah Kerian masih beroperasi setakat 8 pagi ini.

Jurucakap Sekretariat Jawatankuasa Pengurusan Bencana Negeri Perak berkata seramai 27 mangsa banjir daripada lapan keluarga yang ditempatkan di PPS itu masih menunggu banjir termenung sejak Isnin lepas surut di kediaman mereka di Kampung Matang Tengah, Beriah. 

Cuaca di kebanyakan tempat di Perak pada pagi ini adalah baik sejak malam tadi, sementara pelbagai agensi termasuk Angkatan Pertahanan Awam Malaysia (APM), Polis Diraja Malaysia, Jabatan Sukarelawan Malaysia (RELA) dan Jabatan Kebajikan Masyarakat (JKM) masih memantau lokasi kejadian dan PPS terlibat. – BERNAMA

Tags: BanjirKelantanmusim tengkujuhPahangTerengganu
Share197Tweet123SendShare

Related Posts

Lebuhraya PLUS Di Nilai Tenggelam, Ratusan Pengguna Jalan Raya Terpaksa Berbuka Puasa Dalam Kereta

Lebuhraya PLUS Di Nilai Tenggelam, Ratusan Pengguna Jalan Raya Terpaksa Berbuka Puasa Dalam Kereta

06/03/2026
0

NILAI – Ratusan pengguna Lebuhraya Utara-Selatan (PLUS) berdepan detik luar biasa apabila terpaksa berbuka puasa di dalam kenderaan masing-masing selepas...

NGO Malaysia Bantu Mangsa Banjir Di Sumatera

NGO Malaysia Bantu Mangsa Banjir Di Sumatera

28/12/2025
0

MELAKA: Bantuan kecemasan bencana banjir untuk mangsa di Sumatera Barat, Indonesia yang dikelolakan sebuah pertubuhan bukan kerajaan (NGO), Skuad Bencana...

MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd