• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Thursday, May 14, 2026
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

MB Perak Gagal Dapat Sokongan Majoriti

oleh
04/12/2020
dalam Utama & Sensasi
0
Share on FacebookShare on Twitter

IPOH – Menteri Besar Perak, Datuk Seri Ahmad Faizal Azumu gagal memperoleh sokongan majoriti usul undi percaya terhadapnya yang diusulkan Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Pengkalan Bharu, Datuk Abdul Manaf Hashim, pada Persidangan Dewan Undangan Negeri (DUN), hari ini.

Daripada 59 ADUN, hanya 10 yang menyokong manakala 48 lagi membantah dan satu undi rosak dalam undi belah bahagi yang ditetapkan Speaker Dewan Undangan Negeri (DUN) Perak, Datuk Mohamad Zahir Abdul Khalid.

Ketika membahaskan usul berkenaan, Abdul Manaf berkata, tujuan usul undi percaya itu adalah bagi menentukan keabsahan (kewibawaan) kepimpinan Ahmad Faizal sebagai Menteri Besar. 

Katanya, ia sekali gus menolak dakwaan kononnya kerajaan negeri yang ada sekarang menggunakan pendekatan pintu belakang.

“Kita lihat ini (Sidang DUN) menjadi medan terbaik untuk selesaikan masalah ini kerana dalam situasi pandemik Covid-19 tidak sesuai diadakan Pilihan Raya Negeri (PRN) dan sebagainya. 

“Ada juga dakwaan yang mengatakan UMNO bersekongkol dengan DAP untuk jatuhkan kerajaan. Maka cara ini (melalui undi percaya) tentukan samada ADUN Chenderiang ada majoriti atau tidak dalam dewan ini,” katanya.

Perak mempunyai 59 ADUN yang terdiri daripada 25 ADUN Barisan Nasional, Bersatu (5), PAS (3), DAP (16), PKR (3), Amanah (5), Gerakan (1) dan Bebas (1).

Pada sesi pagi tadi, usul undi percaya Menteri Besar Perak itu diminta untuk dibahaskan lebih awal berbanding usul lain termasuk Rang Undang-Undang Perbekalan 2021 iaitu Bajet Negeri Perak.

Perkara itu diusulkan oleh Salbiah Mohamed (BN-Temengor) dan Howard Lee (DAP-Pasir Pinji) atas alasan bahawa Dewan perlu membuktikan Menteri Besar Perak, Datuk Seri Ahmad Faizal Azumu mempunyai keyakinan majoriti agar keraguan terhadap pemimpin kerajaan itu dapat dipadamkan.

Mohammad Zahir berpuas hati dengan perbahasan Salbiah kerana perkara itu dijelaskan secara spesifik serta mempunyai sokongan 37 ADUN untuk membawa usul tersebut.

Beliau kemudiannya meminta Abd Manaf membacakan usul tersebut yang turut disokong Datuk Mohd Tarmizi Idris.

Sesi DUN kemudiannya dibuka untuk perbahasan oleh wakil kerajaan dan pembangkang dengan Razman Zakaria (PAS-Gunung Semanggol) menjadi wakil kerajaan tunggal berbahas menyokong usul tersebut.

Selepas tamat perbahasan, Mohammad Zahir mengumumkan proses pengundian belah bahagi dibuat selepas dicadangkan oleh Dr Abdul Aziz Bari (DAP-Tebing Tinggi) dengan sokongan Maslin Sham Razman (BN-Bukit Chandan).

Semua ADUN diberikan kertas undi khas untuk ditandakan sama ada menyokong, tidak menyokong atau berkecuali berserta tanda tangan.

Selepas undian dibuat, proses kiraan undi turut disaksikan wakil kerajaan, Datuk Zainol Fadzi Paharudin (Bersatu-Sungai Manik) dan wakil pembangkang, Tan Kar Hing (PKR-Simpang Pulai).

Speaker DUN kemudiannya menangguhkan persidangan DUN Perak pada Rabu. – myMetro Online

Tags: Ahmad Faizal AzumuMenteri Besar Perakusul undi percaya
Share196Tweet123SendShare

Related Posts

Peja Lapor Polis, Nafi Buat Gangguan Seksual

Peja Lapor Polis, Nafi Buat Gangguan Seksual

03/08/2023
0

PETALING JAYA – Timbalan Presiden Parti Peribumi Bersatu Malaysia (Bersatu), Datuk Seri Ahmad Faizal Azumu membuat laporan polis mengenai dakwaan...

Anwar Dapat Sokongan Majoriti Usul Percaya Sebagai PM

Anwar Dapat Sokongan Majoriti Usul Percaya Sebagai PM

19/12/2022
0

KUALA LUMPUR : Ahli Parlimen Tambun, Datuk Seri Anwar Ibrahim mendapat sokongan majoriti Ahli Parlimen sebagai Perdana Menteri ke-10 selepas...

MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd