• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Thursday, May 14, 2026
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

Tiada Keperluan Pencen Umur 65 Tahun – Cuepecs

oleh
03/12/2020
dalam Utama & Sensasi
0
Share on FacebookShare on Twitter

KUALA LUMPUR – Kongres Kesatuan Pekerja-Pekerja Dalam Perkhidmatan Awam (Cuepacs) berpendirian tiada keperluan meningkatkan usia persaraan perkhidmatan awam kepada 65 tahun. 

Presidennya Adnan Mat berkata, perkara itu berikutan skim persaraan penjawat awam sudah mengalami tiga kali perubahan dalam tempoh 20 tahun. 

“Kali pertama, had usia persaraan penjawat awam dilanjutkan daripada 55 kepada 56 tahun pada 2001.

“Diikuti tujuh tahun kemudian apabila usia persaraan dilanjutkan daripada 56 kepada 58 tahun pada 2008 manakala empat tahun kemudian sekali lagi mengalami perubahan daripada 58 kepada 60 tahun,” katanya dalam satu kenyataan hari ini.

Adnan mengulas mengenai wakil dan Pengurus Negara Kumpulan Bank Dunia di Malaysia memberi cadangan supaya Malaysia meneliti semula dasar mengenai had usia persaraan berikutan status negara yang mungkin akan mempunyai masyarakat berusia pada masa akan datang. 

Atas faktor itu wakil Bank Dunia berkenaan mencadangkan supaya Malaysia meningkatkan had minimum usia persaraan daripada 60 kepada 65 tahun dan ianya dikaji dari semasa ke semasa sesuai dengan unjuran jangka hayat penduduk Malaysia. 

Adnan berkata, pihaknya berpandangan sebahagian besar individu dalam lingkungan usia 60 tahun ke atas kebiasaannya berdepan dengan beberapa kekangan berkaitan pekerjaan termasuk faktor kesihatan selain perlu mengadaptasi teknologi baharu yang semakin canggih. 

“Ketetapan untuk mengekalkan had usia persaraan perkhidmatan awam ini juga mengambil kira pelbagai pertimbangan lain termasuk memberi peluang pekerjaan kepada lebih banyak golongan muda yang berkemahiran dan berbakat.

“Kemasukan kakitangan muda sudah pasti sedikit sebanyak menyumbang kepada peremajaan sistem perkhidmatan awam sesuai dengan keadaan semasa,” katanya.

Menurutnya, justeru itu peraturan semasa yang terpakai ketika ini untuk had usia persaraan penjawat awam adalah masih munasabah dan relevan. 

“Pada masa yang sama penjawat awam boleh membuat keputusan untuk bersara mengikut pilihan sendiri pada bila-bila masa yang difikirkan perlu walaupun masih belum mencapai usia 60 tahun.

“Bagaimanapun, kita akui menerima begitu banyak cadangan daripada pelbagai pihak termasuk wakil pekerja di sektor swasta supaya had usia persaraan dinaikkan. 

“Cadangan ini timbul kerana ramai rakyat Malaysia masih lagi memiliki baki pinjaman perumahan yang banyak walaupun menghampiri usia persaraan malah ada yang terpaksa membuat pinjaman perumahan sehingga umur 65 tahun,” katanya.

Katanya, rata-rata mereka ini bimbang tidak mempunyai pendapatan dan wang mencukupi selepas bersara kerana masih lagi perlu membayar hutang rumah. 

“Perkara ini berlaku disebabkan harga rumah yang sangat mahal ketika ini selain skim gaji yang rendah. 

“Gaji yang rendah memberi kesan kepada simpanan hari tua mereka sama ada memiliki simpanan KWSP (Kumpulan Wang Simpanan Pekerja) atau pencen yang diterima jika mereka penjawat awam. 

“Untuk mengatasi masalah ini kita berharap kerajaan dapat meningkatkan had gaji minimum ke tahap yang lebih baik,” katanya.

Adnan berkata, perkara itu membolehkan rakyat mempunyai simpanan KWSP yang lebih banyak untuk sektor swasta manakala penjawat awam boleh menerima wang pencen lebih tinggi.

“Pendapatan boleh guna mereka selepas bersara juga akan lebih baik sekali gus meningkatkan kesejahteraan rakyat.

“Dalam masa yang sama perbanyakkan lagi membina rumah yang dikategorikan sebagai mampu milik dan selesa untuk golongan berpendapatan rendah,” katanya. – BH Online

Tags: CuepacsPencenPenjawat AwamPersaraan
Share196Tweet123SendShare

Related Posts

Pejabat Menteri Nafi Mohamad Sabu Galak Penjawat Awam Tanam Ganja Di Rumah

Pejabat Menteri Nafi Mohamad Sabu Galak Penjawat Awam Tanam Ganja Di Rumah

14/04/2026
0

KUALA LUMPUR - Pejabat Menteri Pertanian dan Keterjaminan Makanan menafikan imej palsu di media sosial yang mendakwa Datuk Seri Mohamad...

Penjawat Awam Bekerja Dari Rumah 3 Hari Seminggu, Jarak Rumah Dengan Tempat Kerja Lebih 8 Kilometer

Penjawat Awam Bekerja Dari Rumah 3 Hari Seminggu, Jarak Rumah Dengan Tempat Kerja Lebih 8 Kilometer

02/04/2026
0

KUALA LUMPUR - Kerajaan mengumumkan kaedaah pelaksanaan Bekerja Dari Rumah (BDR) secara berperingkat bagi pegawai Perkhidmatan Awam Persekutuan susulan konflik...

MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd