• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Thursday, August 13, 2026
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

Hantar Semula Kakitangan Di Sabah Ke Negeri Masing-Masing

oleh
02/12/2020
dalam Utama & Sensasi
0
Share on FacebookShare on Twitter

KUALA LUMPUR – Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM) mempertimbangkan untuk menghantar semula kakitangan kesihatan di Sabah ke negeri masing-masing di Semenanjung, terutama di Selangor. 

Ketua Pengarah Kesihatan, Tan Sri Dr Noor Hisham Abdullah berkata, pihaknya cuba menggerakkan petugas ke sesuatu daerah atau negeri yang mencatatkan peningkatan kes baharu Covid-19 seperti yang dilaksanakan sebelum ini di Sabah secara dalaman serta dari Semenanjung. 

Beliau berkata, di Selangor petugas kesihatan sudah digerakkan secara dalaman untuk membantu saringan di kawasan berisiko membabitkan 59 anggota perubatan dan 57 anggota kesihatan awam. 

“Sejumlah 64 anggota kesihatan awam digerakkan dari negeri-negeri lain. Ketika ini, ada permintaan dari Selangor dan Negeri Sembilan untuk mendapatkan anggota yang berkhidmat di Sabah. 

“Melihat kepada penurunan kes di Sabah, kita akan pertimbangkan mereka ini (petugas) untuk kembali pada negeri masing-masing bagi membantu pengesanan kes dan penilaian risiko di kawasan terbabit,” katanya pada sidang media di Putrajaya, hari ini. 

Noor Hisham berkata, pihaknya juga menggerakkan pertubuhan bukan kerajaan (NGO) yang bersama KKM di Selangor seperti Mercy Malaysia dan Persatuan Bulan Sabit Malaysia. 

“Antara tugas-tugas yang kita arahkan mereka bersama KKM adalah siasatan kes Covid-19 dan pengesanan kontak rapat selain pengambilan sampel di lapangan. 

“Ini membantu KKM mengoptimumkan sumber manusia kami iaitu petugas kita bagi membantu mempercepatkan saringan di lapangan,” katanya. 

Mengulas mengenai perkembangan Kluster Teratai, beliau berkata, sehingga hari ini, dianggarkan sebanyak 150 kes positif dilaporkan di peringkat komuniti dan di luar kawasan lokaliti Perintah Kawalan Pergerakan Diperketatkan (PKPD) membabitkan kluster itu.

“Bagi bukan warganegara, mereka tinggal di asrama yang disediakan majikan namun ada 164 daripada warganegara (pekerja) yang pulang ke rumah masing-masing. 

“Bila ada yang dijangkiti, mereka menjangkiti ahli keluarga dan ia kini sudah membabitkan dua generasi penularan dalam keluarga iaitu kira-kira 150 kes positif,” katanya. 

Beliau berkata, pihaknya turut menjalankan saringan dalam kalangan komuniti di Meru, Selangor menggunakan kaedah ujian Rapid Test Kit Antigen (RTK-antigen). 

“Setakat ini, aktiviti saringan masih dijalankan untuk Kluster Teratai dan kita harap dapat membendung penularan jangkitan dalam komuniti membabitkan komuniti di Selangor dan Kuala Lumpur. 

“Ini kerana individu tempatan yang bekerja di kilang itu pulang ke rumah mereka di Selangor dan Kuala Lumpur,” katanya. – myMetro Online

Tags: kakitangan kesihatanKKMSabahselangor
Share197Tweet123SendShare

Related Posts

Bukan ‘Wayang’… Tapi Nyawa, Kesihatan Dan Kebajikan Bangsa Johor – Onn Hafiz

Bukan ‘Wayang’… Tapi Nyawa, Kesihatan Dan Kebajikan Bangsa Johor – Onn Hafiz

07/08/2026
0

JOHOR BAHRU - Menteri Besar Johor, Datuk Onn Hafiz Ghazi membidas 'orang-orang politik' yang mendakwa konon seruan beliau kepada Kementerian...

PMX Anwar Dukacita Tiga Anggota Polis Maut, Arah Siasatan Menyeluruh

PMX Anwar Dukacita Tiga Anggota Polis Maut, Arah Siasatan Menyeluruh

07/08/2026
0

KUALA LUMPUR - Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim melahirkan rasa dukacita terhadap tragedi tiga anggota Polis Diraja Malaysia (PDRM)...

MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd