• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Sunday, May 24, 2026
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

Briged Hijau Bakal Diwujud Tingkatkan Kesedaran Gaya Hidup Hijau

oleh Ahmad Albab
07/03/2015
dalam Terkini
0
Share on FacebookShare on Twitter

MUAR – Kementerian Tenaga, Teknologi Hijau dan Air bakal mewujudkan Briged Hijau di peringkat belia dalam usaha untuk meningkatkan kesedaran mengenai gaya hidup hijau.

Menterinya Datuk Seri Dr Maximus Johnity Ongkili berkata program itu bakal melibatkan golongan belia sebagai sukarelawan yang akan bertindak sebagai pemangkin untuk membawa perubahan ke arah gaya hidup hijau di kalangan rakan sebaya serta dalam komuniti mereka.

“Sebagai permulaan, keanggotaan Briged Hijau disasarkan kepada pelajar-pelajar sekolah menengah dan mahasiswa di institusi pengajian tinggi awam dan swasta,” kata beliau ketika berucap di majlis pelancaran Karnival YaHijau di Kompleks Sukan Pagoh, hari ini oleh Timbalan Perdana Menteri Tan Sri Muhyiddin Yassin.

Muhyiddin, yang juga Anggota Parlimen Pagoh, turut melawat tapak karnival yang menampilkan projek sekolah bertemakan gaya hidup hijau.

Maximus berkata Yayasan Hijau(YaHijau) juga sedang merangka pelan bagi memperluaskan program itu ke semua negeri.

Ini, katanya, bagi memastikan agar penyampaian mesej berkaitan kepentingan mengamal gaya hidup hijau dapat dilaksanakan secara menyeluruh dan lebih berkesan.

YaHijau, ditubuhkan tahun lepas, merupakan agensi di bawah kementerian itu yang bertanggungjawab untuk mempromosi dan menggalakkan gaya hidup hijau.

Selain itu, beliau berkata 100 buah sekolah dipilih untuk melaksanakan Kempen Sekolah Hijau bagi fasa ketiga yang bermula tahun lepas.

Maximus berkata program yang bertujuan memberi pendedahan dan pendidikan kepada pelajar sekolah mengenai tenaga boleh perbaharui itu, melibatkan pemasangan sistem solar photovoltaic dengan kapasiti lima kilowatt.

Daripada 100 buah sekolah itu, sebanyak 12 buah sekolah di peringkat negeri Johor dipilih untuk fasa ketiga. – BERNAMA

Tags: Gaya Hidup
Share197Tweet123SendShare

Related Posts

Malaysia Bebas Untuk Tidak Terima Pengaruh Barat

18/06/2019
0

LONDON - Negara-negara Barat seringkali dilihat memaksa negara-negara lain-menerima apa yang dilakukan mereka, umpamanya berkenaan dengan idelogi komunisme, kapitalisme, sosialisme...

BN Terus Utamakan Gaya Hidup Sihat Rakyat Malaysia

08/04/2018
0

KUALA LUMPUR – Kesihatan serta gaya hidup sihat menjadi elemen utama yang dititikberatkan oleh Barisan Nasional (BN) dalam menjaga kesejahteraan...

MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd