• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Tuesday, May 19, 2026
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

2,188 Positif Covid-19 Catat Rekod Tertinggi, 4 Kematian

oleh
24/11/2020
dalam Utama & Sensasi
0
Share on FacebookShare on Twitter

KUALA LUMPUR – Kes positif Covid-19 di seluruh negara terus melonjak dan mencatat rekod baharu apabila mengatasi kes tertinggi semalam dengan 2,188 dilaporkan pada hari ini.

Ketua Pengarah Kesihatan, Tan Sri Dr Noor Hisham Abdullah berkata, ia menjadikan jumlah kumulatif penularan wabak terbabit di negara ini sebanyak 58,847 kes dengan kebolehjangkitan sebanyak 14,353 kes.

Menurutnya, semua kes baharu yang dilaporkan hari ini membabitkan penularan tempatan.

Baca: Banyak Manfaat Bakal Diraih Malaysia Melalui RCEP

“Selangor masih mencatatkan kes harian tertinggi iaitu sebanyak 1,623 kes diikuti Sabah (232 kes), Perak (112 kes).

“Sebahagian besar daripada kes yang dilaporkan di Selangor daripada Kluster Teratai dengan pertambahan sebanyak 1,511 kes (93.1 peratus). Pasukan perubatan dan kesihatan awam bantuan digerakkan ke kawasan terbabit bagi aktiviti kawalan serta pencegahan termasuk saringan secara besar-besaran.

“Sebanyak 107 kes yang dilaporkan pula berkaitan kluster di penjara membabitkan Kluster Tembok (103 kes), Kluster Penjara Seberang Perai (2 kes) dan masing-masing satu kes bagi Kluster Penjara Kepayan serta Kluster Penjara Sandakan,” katanya dalam kenyataan hari ini. 

Noor Hisham berkata, setakat ini terdapat 112 pesakit positif Covid-19 dirawat di Unit Rawatan Rapi (ICU) dengan 49 daripadanya memerlukan bantuan pernafasan.

Selain itu, katanya, terdapat sebanyak 1,673 kes pulih dilaporkan hari ini, menjadikan jumlah kumulatif kes pulih sepenuhnya adalah 44,153 kes atau 75 peratus daripada keseluruhan kes.

Tambah beliau, daripada maklumat terkini yang dilaporkan ke Pusat Kesiapsiagaan dan Tindak Cepat Krisis Kebangsaan (CPRC), empat kematian berkaitan Covid-19 dilaporkan hari ini menjadikan jumlah keseluruhan 341 kes kematian.

“Kes kematian 338 (kes ke-49,641) adalah lelaki berusia 84 tahun yang dilaporkan meninggal dunia di Hospital Pulau Pinang. Beliau mempunyai latar belakang penyakit darah tinggi dan paru-paru kronik.

“Tiga lagi kes kematian dilaporkan di Sabah membabitkan lelaki berusia 74 tahun dan wanita berusia 41 tahun meninggal dunia di Hospital Lahad Datu manakala seorang lagi lelaki berusia 45 tahun meninggal dunia di Hospital Tawau,” katanya. – myMetro Online

Tags: Covid-19CPRCKKM
Share196Tweet123SendShare

Related Posts

Kad Rekod Pemantauan Pesakit Denggi Dalam Bahasa Cina Untuk Bantu Komunikasi – KKM

Kad Rekod Pemantauan Pesakit Denggi Dalam Bahasa Cina Untuk Bantu Komunikasi – KKM

19/05/2026
0

KUALA LUMPUR – Kad Rekod Pemantauan Pesakit Denggi dalam bahasa Cina di Klinik Kesihatan Setapak merupakan inisiatif sokongan komunikasi kepada...

KKM Semak Dakwaan Kad Laporan Kesihatan Guna Bahasa Cina

KKM Semak Dakwaan Kad Laporan Kesihatan Guna Bahasa Cina

19/05/2026
0

KUALA LUMPUR - Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM) sedang menyemak dakwaan kad laporan kesihatan oleh sebuah klinik kesihatan kerajaan menggunakan bahasa...

MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd