• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Sunday, May 24, 2026
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

Pelbagai Teori Warnai Perit Getir Mencari Petunjuk MH370

oleh Ahmad Albab
09/03/2015
dalam Hangat
0
Share on FacebookShare on Twitter

KUALA LUMPUR – Diculik Alien, disembunyikan di Diego Garcia, terdampar di Segitiga Bermuda, berada di Lautan Antartika, dilarikan tentera kuasa besar dan sudah ditukar identiti kepada pesawat lain.

Itu antara pelbagai teori yang menyerang media sosial sejak pesawat Malaysia Airlines (MAS) MH370 dilapor hilang setahun lepas sekali gus mencabar pakar penerbangan untuk mengesah atau membuat penafian.

Pakar penerbangan, Kapten Abdul Rahmat Omar Tun Mohd Haniff berkata teori dan konspirasi tersebut sedikit sebanyak menjejaskan usaha mencari petunjuk sebenar keberadaan pesawat malang tersebut.

“Mereka tidak sedar bahawa pihak berkuasa dan pasukan mencari perlu menyampaikan maklumat kepada umum tanpa menyebabkan kegusaran pihak keluarga mangsa.

“Namun kita tidak boleh halang mereka mengeluarkan apa jua teori setiap hari dan perlu menghadapinya dan menjelaskan setiap satu dengan bijak berasaskan fakta,” katanya kepada Bernama.

Pesawat Boeing 777 MAS itu membawa 239 orang apabila hilang daripada imbasan radar ketika dalam penerbangan ke Beijing dari Kuala Lumpur pada 8 Mac, 2014. MAS kehilangan 12 anak kapal serta seorang kakitangan MASkargo.

Pada 29 Jan, kerajaan Malaysia secara rasmi mengisytiharkan insiden itu sebagai kemalangan di bawah peraturan penerbangan antarabangsa dan bahawa kesemua 239 orang yang menaiki pesawat dianggap telah terkorban.

Ketika membuat pengumuman itu, kerajaan Malaysia juga menegaskan bahawa usaha mencari pesawat itu tetap menjadi keutamaan.

Rahmat, yang juga bekas pegawai Tentera Udara Diraja Malaysia menjelaskan, pakar penerbangan dan tokoh akademik berkaitan penerbangan juga perlu memadankan maklumat dan apa jua teori yang diperoleh untuk dikaji sebelum boleh dijelaskan kepada masyarakat.

“Bila sudah explain, ada juga yang pertikai dan keluarkan teori-teori lain tanpa ingin terima kebenaran dan fakta sebenar,” kata RAhmat, yang seringkali diundang menjadi panel dalam beberapa televisyen tempatan berkaitan topik kehilangan pesawat itu.

Dalam pada itu, Penolong Pegawai Penerangan Jabatan Penerangan Jagjit Singh pula berkata teori yang muncul sedikit sebanyak menjadikan beliau lebih bersedia setiap kali menjadi moderator dan mengendalikan sidang akhbar di Hotel Sama-Sama, Putrajaya tahun lepas.

Menurutnya, media tempatan dan asing selain waris keluarga akan bertanyakan tentang sesuatu teori terus kepadanya dengan stigma ‘rapat dengan pihak berkuasa’.

Sambil tersenyum, beliau berkata: “apa yang saya tahu cuma masa sidang akhbar ketika media bertanyakan soalan daripada teori-teori yang timbul. Buat apa saya hendak sembunyikan fakta. Itu saya jelaskan setiap hari,” katanya. – BERNAMA

https://www.youtube.com/watch?v=TQsuCRo0ql4

Tags: MH370
Share196Tweet123SendShare

Related Posts

Mahkamah China Arah Malaysia Airlines Bayar Pampasan RM1.9 Juta Setiap Keluarga Bagi Lapan Kes MH370

Mahkamah China Arah Malaysia Airlines Bayar Pampasan RM1.9 Juta Setiap Keluarga Bagi Lapan Kes MH370

08/12/2025
0

KUALA LUMPUR – Selepas lebih 11 tahun tragedi kehilangan pesawat Malaysia Airlines MH370 berlaku, mahkamah di Beijing akhirnya mengarahkan Malaysia...

MH370: 11 Tahun Berlalu, Mungkinkah Misteri Terungkai?

MH370: 11 Tahun Berlalu, Mungkinkah Misteri Terungkai?

08/03/2025
2

KUALA LUMPUR: Hari ini, genap 11 tahun pesawat Malaysia Airlines MH370 yang membawa 227 penumpang dan 12 kru hilang ketika...

MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd