• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Friday, October 2, 2026
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

Anggota JIM Ditahan Turut Serta Kongsi Gelap Terkenal

oleh
dalam Utama & Sensasi
0
Share on FacebookShare on Twitter

KUALA LUMPUR – Seramai 12 ejen pekerja asing yang ditangkap Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) dalam operasi Ops Selat baru-baru ini dikenal pasti sebagai anggota sindiket penyeludupan migran antarabangsa.

Menurut sumber, salah seorang dari ejen yang ditahan termasuk dalam senarai orang yang dikehendaki Polis Diraja Malaysia (PDRM). 

Baca: Banyak Manfaat Bakal Diraih Malaysia Melalui RCEP

“Suspek terbabit dalam tiga kes polis berkaitan kes samun curi kenderaan dan konspirasi dalam jenayah bersindiket termasuk pelacuran di kalangan Warga China.

“Suspek adalah ejen yang bertindak menyimpan empat kereta mewah model Roll Royce Phantom, Mustang, Audi dan Range Rover milik bersama salah seorang anggota Jabatan Imigresen Malaysia (JIM) Gred KP19 ditahan sebelum ini,” katanya.

Apa yang mengejutkan, hasil semakan rekod dengan PDRM, anggota imigresen Gred KP19 itu juga mempunyai rekod jenayah lampau dalam kes samun dan curi kenderaan.

“Dipercayai beliau adalah ahli sindiket bagi kumpulan mencuri kenderaan dan samun berkumpulan yang diketuai ejen terbabit. Beliau juga dikatakan terbabit sebagai ahli kumpulan kongsi gelap.

“Bagaimana seseorang yang mempunyai rekod jenayah lampau boleh dilantik ke jawatan perkhidmatan awam? Itu menjadi tanda tanda,” ujarnya. 

Menurutnya, hasil kegiatan jenayah dilakukan sebelum menjawat jawatan pegawai imigresen Gred KP19 membuatkan suspek masih meneruskan kegiatan jenayah itu dengan terbabit pula kes penyeludupan migran.

Sementara itu, Pengarah Siasatan SPRM, Datuk Norazlan Mohd Razali mengesahkan seramai 56 individu berjaya di tahan SPRM.

Menurutnya, ia termasuk 34 pegawai imigresen, 12 ejen dan 10 orang awam.

“Seramai 10 orang awam yang ditahan adalah ‘keldai akaun’ yang mana akaun-akaun bank mereka digunakan untuk menyimpan wang rasuah yang dikutip.

“Kita akan mengambil tindakan yang tegas terhadap ejen-ejen pekerja asing ini. SPRM akan bekerjasama dengan Jabatan Imigresen Malaysia (JIM) dan Polis Di Raja Malaysia untuk memastikan tindakan siasatan dijalankan menerusi pelbagai undang-undang yang ada.” – myMetro Online

Tags: JIMOps Selatpenyeludupan migranSPRM
Share198Tweet124SendShare

Related Posts

Lim Guan Eng Sokong Tindakan Tegas Isu UiTM Holdings, Gesa SPRM Turut Siasat Zahid

Lim Guan Eng Sokong Tindakan Tegas Isu UiTM Holdings, Gesa SPRM Turut Siasat Zahid

30/09/2026
0

KUALA LUMPUR - Penasihat DAP, Lim Guan Eng menyokong tindakan tegas berhubung isu pengurusan UiTM Holdings Sdn Bhd bagi memastikan...

SPRM Buka Kertas Siasatan Isu UiTM Holdings

SPRM Buka Kertas Siasatan Isu UiTM Holdings

27/09/2026
0

KUALA LUMPUR - Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) membuka beberapa kertas siasatan berhubung isu membabitkan kerugian yang dialami UiTM Holdings...

MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd