• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Sunday, May 24, 2026
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

Malaysia Anjur Maksak Asean Pertama November Ini

oleh Ahmad Albab
07/03/2015
dalam Terkini
0
Share on FacebookShare on Twitter

IPOH – Malaysia akan menganjurkan kejohanan sukan perkhidmatan awam Asean yang pertama pada November depan, kata Ketua Setiausaha Negara Tan Sri Dr Ali Hamsa.

Beliau yang juga Yang Dipertua Majlis Kebajikan dan Sukan Anggota-anggota Kerajaan (Maksak) Malaysia berkata penganjuran itu adalah sempena Malaysia menggalas tanggungjawab sebagai Pengerusi Asean, tahun ini.

“Saya amat teruja dan percaya program ini mampu melonjakkan Maksak Malaysia serta memberi peluang kepada atlet perkhidmatan awam Malaysia di peringkat Asia Tenggara,” katanya ketika berucap pada majlis penyampaian Anugerah Maksak 2014 di sini malam tadi.

Ali berkata kejohanan itu akan mempertanding lima jenis sukan iaitu boling, golf, badminton, ping pong dan futsal.

Beliau berkata kejohanan itu bakal mengumpulkan atlet dan pegawai perkhidmatan awam dalam kalangan negara Asean dalam satu kejohanan sukan berbentuk karnival.

Ali berkata penganjuran kejohanan itu juga merupakan satu daripada platform untuk membolehkan penjawat awam negara berinteraksi, bertukar-tukar pandangan dan mengeratkan silaturahim dengan penjawat awam negara Asean.

Pada majlis itu, Fit Malaysia@Perkhidmatan Awam dilancar bagi menggalakkan penganjuran program kecergasan dan gaya hidup sihat dalam kalangan anggota perkhidmatan awam di seluruh negara.

Beliau berkata pelancaran program itu merupakan tanda sokongan Maksak terhadap usaha kerajaan sebagai sebuah negara bersukan.

“Harapan saya supaya setiap badan gabungan Maksak dapat bekerjasama dengan Jabatan Belia dan Sukan negeri masing-masing dalam menganjurkan program kecergasan dan fizikal secara berkala.

“Saya yakin penganjuran program ini akan dapat memupuk semangat muhibah serta memberi inspirasi dan semangat baru kepada penjawat awam melakukan perubahan dan mengamalkan gaya hidup sihat seterusnya memberi impak positif terhadap produktiviti mereka,” katanya.

Sementara itu, atlet Bina Badan Sazali Abdul Samad dari Majlis Sukan Polis Diraja Malaysia (PDRM) diumum penerima pertama Anugerah Skim Insentif Sukan Maksak 2014 dengan membawa pulang hadiah wang tunai RM12,000.

Nurakmal Ramli dari Maksak Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur pula diumum olahragawan Maksak 2014 sementara Noor Amelia Musa dari Majlis Sukan PDRM sebagai olahragawati, dan masing-masing menerima piala dan sijil penghargaan. – BERNAMA

Tags: Ali HamsaMalaysia
Share198Tweet124SendShare

Related Posts

PM Anwar Ucap Tahniah Kepada Atlet Sepak Takraw, Bukti Keupayaan Anak Watan

PM Anwar Ucap Tahniah Kepada Atlet Sepak Takraw, Bukti Keupayaan Anak Watan

24/05/2026
0

KUALA LUMPUR - Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim mengucapkan tahniah kepada pasukan Malaysia kerana muncul juara acara regu berpasukan...

Malaysia Negara Ke-7 Paling Dipercayai Dunia, Rakyat Yakin Kepada Pemimpin – Nga Kor Ming

Malaysia Negara Ke-7 Paling Dipercayai Dunia, Rakyat Yakin Kepada Pemimpin – Nga Kor Ming

22/05/2026
0

PUTRAJAYA – Malaysia kini berada di kedudukan ketujuh negara paling dipercayai di dunia berdasarkan laporan 2026 Edelman Trust Barometer. Menteri...

MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd