• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Monday, June 29, 2026
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

Lelaki Ditahan 20 Minit ‘Bergaya’ Dengan MPV Polis

oleh
20/11/2020
dalam Utama & Sensasi
0
Share on FacebookShare on Twitter

TAIPING – Seorang lelaki bertindak gila melarikan sebuah kenderaan peronda (MPV) milik ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Taiping sebelum ditahan di sekatan jalan raya (SJR) Taiping Utara, berhampiran susur masuk Tol Kamunting, di sini, pagi tadi. 

Ketua Polis Daerah Taiping, Asisten Komisioner Osman Mamat berkata, suspek berjaya ditahan pada jam 7.48 pagi selepas 20 minit ‘bergaya’ dengan kenderaan itu. 

Menurutnya, dalam kejadian 7.28 pagi itu, suspek dikatakan memasuki kawasan parkir IPD Taiping dengan menaiki kereta jenis Ford Fiesta dan meninggalkan kenderaannya sebelum melarikan MPV polis yang diparkir di kawasan khas. 

“Selepas meninggalkan kenderaannya, suspek berusia 30 tahun yang berasal dari Selama, bertindak berani melarikan kenderaan milik polis yang di ruangan parkir MPV.

“Tidak sampai setengah jam berbuat demikian suspek berjaya ditahan bersama kenderaan yang dilarikan di SJR Taiping Utara iaitu di susur masuk Tol Kamunting. 

“Suspek kini dibawa ke IPD Taiping untuk tindakan lanjut,” katanya dihubungi hari ini. 

Menurutnya, pihaknya masih lagi menjalankan siasatan secara menyeluruh berhubung tindakan suspek berbuat demikian. – myMetro Online

Tags: IPD Taipingkenderaan perondaPDRM
Share197Tweet123SendShare

Related Posts

Dakwaan Hina Penduduk China: PDRM Akhirnya Buka Siasatan Tatatertib Terhadap Anggota

Dakwaan Hina Penduduk China: PDRM Akhirnya Buka Siasatan Tatatertib Terhadap Anggota

23/06/2026
0

Oleh Mynewshub  KUALA LUMPUR – Polis Diraja Malaysia (PDRM) mengesahkan telah membuka kertas siasatan tatatertib terhadap seorang anggotanya yang dikaitkan...

Polis Buka Siasatan Kes Lelaki Berseragam Bawa Senjata Di Kepong

Polis Buka Siasatan Kes Lelaki Berseragam Bawa Senjata Di Kepong

23/06/2026
0

Oleh Mynewshub KUALA LUMPUR – Polis mengesahkan telah membuka siasatan berhubung rakaman tular memaparkan seorang lelaki berpakaian menyerupai anggota pasukan...

MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd